21 July 2018

RESEPI KARI SOTONG TANPA SANTAN

Hai semua.
Ok malam ni aku nak up blog dengan resepi la pulak. Mostly rakyat Malaysia ni suka makan kari kan. Selalu kita makan kari kepala ikan, ayam dan daging kan.. Tapi jarang la nak makan kari sotong ni. Sebab harga kari sotong agak mahal.. Betul tak?

Semalam hari Jumaat. Kampung aku ada pasar malam. So memang jadi habit dah.. Asal pasar malam je.. Borong barang basah banyak-banyak.. Semalam terlebih banyak.. Sebab husband beli durian 6 biji. Huh-uh.. Banyak kan.. Craving durian agaknya laki aku ni. (Mata juling naik atas) 🙄

Benda pertama masa aku pilih lauk tu.. Terus teringat kari sotong shila rusly. Ko hado. Sambil shopping pun boleh fikir kan.. Itulah wanita yang bergelar seorang isteri mithali. 😝

Tanpa buang air liur yang banyak.. Meh aku share dengan korang cara aku masak kari sotong ni tau. Ok firstly aku nak inform awal-awal.. Aku kalau masak kari memang tak pakai santan dan aku tak pakai kacang panjang.Aku kan pernah accident.. So Demi mengelakkan angin kus-kus tu..baik cegah kan.


RESEPI KARI SOTONG

BAHAN-BAHAN
👉Sotong
👉Rempah kari dan Serbuk cili(Babas)
👉Bawang putih,merah dan halia(dikisar)
👉Kulit kayu manis dan halba
👉Asam keeping(mak mentua bagi 1 tupperware)
👉Kacang buncis(kalau nak kacang panjang pun boleh)


CARA-CARA
👉Tumis bahan dikisar dan kulit kayu manis serta halba
👉Biar sampai pecah minyak
👉Masukkan sotong.. Gaul rata
👉Masukkan air, asam keeping, garam, gula, kacang buncis
👉Siap dimasak🤗
Selamat mencuba tau.. Ringkas dan senang jer

No comments:

Post a Comment