15 January 2017

MAK AIHHH!Macam Ni Kau Sambut Tahun Baru??

Assalamualaikum semua.Hmm..pejam celik..pejam celik.dah di pertengahan bulan Januari kan.Kejab je masa berlalu.Sampai aku pun lupa nak update blog.Maklumlah baru masuk tahun baru ni,Dah macam-macam hal yang terjadi.Antaranya BANJIR yang telah menimpa beberapa tempat di Pantai Timur ni.

Memandangkan aku baru je pindah Pantai Timur.Terpaksa aku terima hakikat hakiki.Nak tak nak mesti kena hadap jugak kejadian alam ni kan.Mana boleh tolak.Kalau masuk je bulan Nov hingga Jan ni.Siap siaga lah semua orang Pantai Timur.Kalau dulu adik aku yang hadap sebab dia study kat Kelantan.Sekarang my turn pulak.

Hari Rabu 4 Jan 2017,Pengalaman pertama aku menghadapi banjir.Banjir besar la jugak.Sape orang Besut,Jerteh ni tahu la.Air penuh dekat jalan jew.Alhamdulillah.Rumah aku duduk tak terkena tempias banjir.Tapi tetap aku bersedia.Mineral water,makanan kering,sardin,telur semua aku beli.Sebab mana tahu yang nanti air naik tinggi lagi ke.Mana nak cekau nanti kan.




Aku cuti pulak hari tu,suami aku pun cuti.Lagipun kalau dia keja.Memang tak dapat lalu pun jalan tu.Air naik tinggi gak.Apa lagi..masa untuk tengok air la. Aku tengok ramai anak-anak muda.Eh orang tua pun ada..Kehulur kehilir dengan motor redah air.EEee..Tak takut jahanam ke motor tu.Air pulak deras tau.Berani kan..Aku sampai separuh jalan..Dah nik seram..Cepat-cepat suruh suami patah balik..

Dalam pukul 5-6petang tu..Panas terik dah..Alhamdulillah.Air pun kian surut.Malam tu saje-saje aku ronda lagi dengan suami..Kali ni dah berjaya sampai ke pekan Jerteh..hahaha

Muka jakun tengok air bah

Dasyat kan banjir tahun ni.Sambut tahun baru dengan banjir la hehehe

Anyway,belum terlambat lagi aku nak ucapkan "SELAMAT TAHUN BARU 2017"kepada semua follower aku dan silent rider aku.Harap tahun ni aku akan lebih rajin update blog.Dah tak mau kusam macam tahun lepas.Mulakan hidup baru dengan azam baru.Lupakan yang lain.hehe

BYE..

1 comment:

  1. Assalamualaikum fida.. Tu la fida menyepikan diri dari blog.. Tq sudi mai blog akak

    ReplyDelete