6 December 2016

TRAGEDI OKTOBER!!ALLAH MASIH SAYANG

Assalamualaikum uolls..

Bak kata pepatah..Cinta pertama sukar dilupakan biarpun beribu tahun..tapi bagi mak pulak..Kejadian yang hampir meragut nyawa lagi sukar dilupakan..Memang 100% berubah terus sejak tragedi tu.Yes..Hampir meragut nyawa aku dan suami aku.

Kejadian ni jadi dalam bulan 10 tahun ni.Mak daripada kampung mak yang terletak di Nibong Tebal dan on the way nak balik Jerteh.Mak tak ingat pasai pa mak balik kampung..sungguh lupa dah. Maybe mak  hilang ingatan..ALAMAK!!

Hari tu memang hujan lebat dan renyai-renyai.tapi masa mak berhenti kencing dan makan dekat Hentian Rehat Titiwangsa..Cuaca ok..mendung..tak hujan pun..Siap boleh berselfie lagi dengan laki mak..hahaha



Lepas makan..offcourselah tak mengantuk dah..Siap boleh sembang-sembang mengarut lagi dua laki bini..Mak memang kalau berjalan jauh..mak tak kan tido.Kesian kat driver..bosan pulak dia nanti.Dalam 5 minit lepas rehat tu..Hujan turun pulak.Memang slow dah laki mak bawak.Tapi...Allah lebih tahu..keta masa nak turun bukit Grik-Jeli terbabas..Brek langsung tak makan.

Keta laju je masuk dalam hutan.Mujurlah tak langgar divider dan terus masuk gaung..keta mak tersekat oleh rumput-rumput dalam hutan tu.Masa terbabas tu..Mak menjerit sekuat hati..Pegang seatbelt kuat-kuat tau..Jantung memang berdegut laju gila.Laki mak keluar mak still dalam keta..Ketaq tak habis lagi.Tercabut habis kasut sebab gabra..



Ramai jugak datang tengok..tapi ada pekerja TNB ajak mak dengan laki mak turun ke kawasan yang ada rumah orang minta keta tunda.Mujur mak ada duit.Mahal gak nak tarik keta mak keluar hutan tu je..

Bila dah tarik..cek brek semua..ok pulak..ada orang kata ada benda tegur..Baru-baru ni pasukan bola Terengganu terbabas dekat tempat yang sama..Tapi Allah lebih sayangkan mereka.Ada yang pergi selamanya..

Balik tu mak dengan laki mak tak terus le Jerteh..Balik umah mak mentua dekat Machang dulu.Tido situ..Pagi tu p ambik air penawar dan baru balik Jerteh..

Terima kasih Ya Allah sebab masih berikan aku dan suami aku masa yang lebih lagi.

Yang rosak masa kejadian
1-No plat depan pecah
2-Bumper belakang hancur

Terima kasih jugak kepada Abang TNB yang tolong mak dan suami


2 comments:

  1. Sabar ye sis...moga ada rezeki lain lg menanti...insyaAllah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah x ada kecederaan yg berlaku. Seram gak melalui highway tu pd waktu mlm n hujan lebat last week. Mujur abam kie n family selamat sampai..

    ReplyDelete