9 November 2016

DUA MAJLIS SATU HARI

Assalamualaikum uolls.
Sorry baru update hari ni.Ada masa sikit ni kan..Apa yer sis nak citer hari ni.Minggu lepas hari Jumaat.Sis dan husband balik rumah mentua dekat Machang.Ada kenduri solat hajat sikit sempena adik ipar nak exam SPM.Hari ni dah masuk hari kedua kan..Harap adik-adik yang ambik SPM dapat menjawab dengan elok.Rindu pulak zaman sis ambik SPM dulu.Semangat tau masa sis dulu.

Ramai jugaklah jemputan kenduri solat hajat ni.Sis tak pernah alami lagi kenduri solat hajat ni.So inilah peluangnya.Dapat tengok dekat-dekat ..gotong royong memasak beramai-ramai.Kalau dekat Penang sekarang ni jarang dah nak ada gotong royong..kenduri pun kenduri kawin je.

Solat hajat dalam pukul 2 lebih gitu. Lepas tu jamuan makan..Bila jam pukul 6 lebih je.Tinggallah kami anak beranak jer.kitaorang buat sambutan hari lahir abah mentua pulak.Dah alang-alang semua balik kan.Happy je tengok muka abah mentua..Tiba-tiba teringat abah sendiri kat Penang.Hmm.Ingat nak sambut jugaklah..tapi kena rancang awal supaya adik-adik sis semua balik.

Letih giler masa kenduri solat hajat tu.Sis ambik tender mengemas dan ikut giliran basuh pinggan.Malam balik Jerteh..tido terus..

Happy birthday Abah mentua😉

2 comments: