2 June 2016

Aku Akan Ucapkan Salam Perpisahan

Aku Akan Ucapkan Salam Perpisahan | Petang yang dingn ditiup oleh angin aircond yang bersuhu 16darjah ni.Aku dengan perasaan berdebar-debar memutuskan untuk print out satu keping notis.Dah lama aku simpan namun aku pendamkan dulu dalam dekstop.Hari ni bila laki aku dah conformkan maka keluar jugaklah notis ni daripada printer aku.

Selama empat tahun empat bulan aku menghabiskan sisa hidup aku di satu tempat dan selama lapan tahun aku bermaustatin di Bandaraya penuh liku ni.Finally,aku akan mengucapkan "Salam Perpisahan"jugak.Sedih? memang sedih jugakla.Aku duduk kat KL sejak aku break dengan hati dan perasaan aku.Lepas tu jumpakla pulak buah hati baru yang kini laki aku.Banyak kenangan kat KL ni berbanding kat kampung sendiri.Tapi apa daya..Pergi kerana tugas sebagai seorang isteri.

Yang sebenaqnya...Aku HAPPY GILER..Dah lama aku nak blah daripada KL ni..Kalau aku bujang dah lama agaknya aku p hijrah kat negeri lain..Tapi bila dah jadi bini orang kenalah pikiaq untuk dua orang..Tak lama lagi aku akan jadi awek Terengganu..hahaha.Awek sangat..Laki aku dapat transfer tempat kerja baru..Sama company tapi lain kawasan.Dia lagi kesian dekat 20 tahun dia mai duk KL ni..Nak jugak dia beralih angin..Lama kan laki aku berhijrah KL ni..Dia mai KL ni sejak umuq 18..Bila umuq 36 tahun baru dapat transfer..Tambah-tambah lagi sebelah timur ..Kalau hampa pernah dengaq pasai Giant Jerteh..Ha..tang tu la laki aku akan mula bertugas,..Aku...Aku akan slow-slow carik kerja kat sana..Lagipun kat sana ada bandar besaq jugak lebih kurang Parit Buntaq gak..

Pasni aku kena cakap Terengganu la..hahaha..La ni duk pratis cakap Kelatan pun tak lepas-lepas gi..Nak nak cakap Terengganu..Tapi hampa jangan risau..I always update blog..Kebetulan adik aku bagi laptop dia yang dah punah tu..Bolehlah pakai untuk update blog ni..Kang hampa rindu aku pulak.Sejak semalam g aku start kumpul kotak.Iyerlah nak isi kain baju..pinggan mangkuk semua tu..

Aku harap murahlah rezeki kami laki bini kat sana nanti..Doakan kami berdua ya..

4 comments:

  1. Laaa...berhijrah..Ingat kan nak berhenti berblog...tahniah Dik..akhirnya kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe...Never stop blogging kecuali nyawa berpisah daripada jasad..tu la kak..Tak larat dah mengadap jem dan benda2 mahai ni..tukaq angin pulak la..mana tau beralih angin boleh anak sorang kan..hehehe

      Delete
  2. Berhijrah kearah kebaikn tu, mudahn murah rezki fida d tmpt baru suasana baru

    ReplyDelete
  3. Bestnya dpt transfer Terengganu.....jangan lupa makan kopok leko hari hari tau nanti hihi

    ReplyDelete