19 May 2016

Ternyata Muka Aku Di Mana-Mana

Ternyata Muka Aku Di Mana-Mana | Setelah beberapa bulan,finally gambaq kawin adik aku bulan 12 hari tu dah siap.Kesian adik aku sorang ni.Member yang dia upah tangkap gambaq dan cuci buat album tu buat naya dekat dia.Gambaq tak seindah yang dikhabarkan.Kalau macam ni punya gaya..Aku sendiri pun boleh edit dan cuci.Tak payah nak upah orang mahai-mahai.Betoi kata orang kadang-kadang ni bila kita bekerjasama dengan kawan susah sikit kita nak complain.So gambar adik aku semua saiz kecik yang biasa tu jer..Album pun yang biasa yang boleh kita beli sendiri dekat kedai.Gambaq pulak memang tak edit langsung..kot la nak bagi cantik ka..Yang gelap bagi cerah sikit ka..yang cerah bagi gelap sikit ka..LANGSUNG TAK!

Tapi aku cakap dekat adik aku..Anggap ni dugaan hidup.Yang paling penting sekarang ni.Kebanyakkan gambaq..ada ja muka aku..tak kisah lah dibelakang ka..Duk dukung budak ka..duk cedok nasik ka..Ada saja..Untung jadi kakak pengantin kan..hahahaha..Jangan marah na..





Masuk bulan ni dah 5 bulan adik aku jadi bini orang.Tahniah adik.Bukan senang seorang student nak jadi bini orang..Dengan nak final lagi..Chaiyoookkk!.Harap perkahwinan hang kekal hingga ke Jannah..Lama tau depa dua bercintan..dari form 4 lagi..even sekolah tak sama..Sorang Perak sorang Kedah..tapi bak kata orang zaman dulu..Kalau dah jodoh tak ke mana..Love you Azira dan adik ipaq..

Insyaallah hujung tahun ni,maybe dapat adik ipaq lagi..hahahah..Sakan Che Azmi atuq menantu..

1 comment:

  1. Tahniah fida dpt adik ipar baru n bakal lgi ujung thn hihi

    ReplyDelete