12 May 2016

Tempat Makan Best Dekat Kelantan(Mee Kampung Pek)

Tempat Makan Best Dekat Kelantan | Minggu lepas kan aku balik kampung suami iaitu Machang,Kelantan.Aku kalau balik sana mesti teringin bangat nak makan mee.Bukan sebab mak mentua masak tak sedap ya.Tapi aku memang suka makan mee kuah dekat sebuah kedai ni.Nama kedai ni Mee Kampung Pek.Kalau orang luar mesti pelik kan dengan nama kampung ni..Tapi cayala..itulah namanya.

Pertama kali aku makan kat kedai ni masa balik time banjir dulu.Aku pergi time malam waktu tu..tambah-tambah banyak yang turun Kelantan kan..Memang padat la kedai tu.Kata suami aku.Kedai ni dah wujud sejak dia sekolah lagi.Maklumlah..Kedai ni pun berdepan dengan Sekolah Menengah Seri Intan,Machang.Sapa orang Machang,Kuala Krai mesti tahu kot.


Minggu lepas aku p dalam pukul 2 petang gitu.time tu budak baru balik sekolah..Lagipun bukan hari minggu pun..Tapi siang pun ramai jugak yang datang beli bungkus.Dah nama pun Mee Kampung Pek..Offcourse la hidangan utamanya adalah Mee..hang nak mee goreng ka mee sup ka.mee kuah ka..semua ada..Aku kalau p mesti mee kuah..aku suka hirup kuah dia..sedap baq hang.Selain mee korang boleh jugak order menu lain..
Tapi aku rasa korang rasa dulu mee kuah dia..conform kalau p lagi sekali nak makan mee jew.




Lagi satu yang best tentang Mee Kampung Pek ni..Udang dia besaq-besaq tau..Aku order untuk makan 2 orang ja..Tapi udang ada 6 ekoq..Bukan udang kecik-kecik tu..tapi udang besaq..Memang berebut la dengan suami aku.hahaha..tapi aku jugak yang menang..Harga makan dekat Mee Kampung Pek ni sangat berbaloi dan berpatutan..Tak rugi tau korang mai try.


Bagi korang yang p Kelantan tu..Singgahlah makan dekat Mee Kampung Pek ni..Tempat dia sangat strategik..Tepi jalan depan Sekolah Menengah Seri Intan,Machang ja.Ala korang mesti nampak signboard dia tepi jalan..Sedap wei...

1 comment:

  1. wow nampak pun macam sedap jer afidah.. jauh la pulak nak try hihi :)

    ReplyDelete