10 May 2016

Kehilangan Yang Mengejutkan

Kehilangan Yang Mengejutkan |  Baru-baru ini aku dan keluarga sebelah suami menerima berita yang amat mengejutkan.2 Mei lepas keluarga sebelah suami menerima berita dimana salah seorang ahli keluarga mereka telah terlibat dengan kemalangan dan membawa maut.Suami aku tau dari malam kejadian.Aku pulak tahu bila tengah bersiap nak pergi kerja pagi berikutnya.

Sambil sarapan dekat kedai mamak.Aku ajak suami balik kampung.Tak sampai hati tak balik.Maklumlah bukan orang jauh pun dengan suami.Selalu kalau ada majlis apa-apa mesti ayah arwah menghulurkan bantuan.Aku terpaksa ambil cuti mengejut selama dua hari.

Aku agak semua orang dah tahu kot pasal kemalangan motor dengan motor di depan JPJ Laloh Kuala Krai.
Alhmadulillah tepat jam 11 pagi..selamat dikebumikan.even aku tak sempat sampai..Maklumlah aku turun dari Kl pukul 9pagi..Kelantan bukan dekat.Tapi sempat lah aku kenduri Tahlil satu malam.Sepanjang aku kenal arwah..dia memang tak banyak cakap.Baik budak dia..Umur dia pun sebaya adik laki aku jer.Tapi ajal maut jodoh pertemuan semua di tangan Allah.

Al Fatihah

1 comment: