11 May 2016

Bila Lapar Ada Saja Ideanya

Sejak dua menjak ni selera aku lain macam ja.Kalau time cuti.Mulalah nak fikir nak masak apa.Suami aku memang tak ada la petang karang baru dia balik.Dia kalau balik mesti nak makan nasik.Tengahari tu memang aku tak masak la.Rugi jew rasa masak makan sorang..So kita cari alternative lain.Mungkin disebabkan minat makanya terjadilah karipap inti ubi.


Masa aku send gambaq karipap ni dekat mama aku..Puji melambung la jawabnya.Aku pun tak tau mana mai kerajinan aku nak buat karipap.Macam yang korang tau.Nak buat karipap ni korang kena masak kari ubi dan buat kulitnya.So memang renyah sikitlah kerjanya.Sebenarnya dulu,arwah tok sebelah abah aku ada buat jual kuih muih ni.Contohnya popia dan karipap.Maybe aku warisinya daripada arwah.

Sumpah aku tak pernah belajaq pun buat kuih muih ni.Buat cincai-cincai jew.Alhamdulillah.Terjadi jugak.


Kedebab giler karipap aku.Aikk..Jangan fikir negatif yer..Aku buat 8 biji jer..4 aku punya 4 lagi suami punya..Siapa lagi nak makan kalau bukan kami berdua jew.Dulu masa aku mula-mula buat..Suami complain gak la..Dia kata kulit tebai sangat..La ni..ambik kau..Nipis dan yang paling penting..Ranggup dimakan..Aku tak pandai buat kelim dia..Main lipat ja..Janji inti ubi tak keluaq sudah kan.

Saiz pun tak sama besar..Ada yang terlebih panjang..Tapi okeylah..Ni kalau nak beli mau mahai jugaklah..Dah tu inti pun kadang-kadang ada yang sikit..Buat sendiri..Puas hati..Hang nak buh berapa banyak inti..Lantaklah..Janji kenyang..Kali ni suami aku tak complain dah..Tak sampai 30 minit..lesap semua karipap tu..

1 comment:

  1. Rajin nya sis.. Pernah lapar , main - main sepah kan dapur dengan adik buat karipap.

    ReplyDelete