22 April 2016

Spoil Day

Hari ni macam mood spoil sikit..dengan sakit bulanan wanita nyer lagi.Tak pernah macam ni pun.Kali ni rasa macam nak balik jer.Tapi tak boleh.kerja banyak lagi.Esok dah cuti.Nak tak nak kena settlekan hari ni jugak.Balik nanti nak singgah Giant..Nak beli lauk pauk.Dah kosong peti ais tu.Makanan dan susu kucing pun dah habis.Dah pesan dah dekat suami simpan siap-siap lauk yang nak dibeli.Maklumlah..dia kerja Giant kan..So senang la sikit urusan tu.

Pagi tadi macam biasalah mengadap jalan jem..Tapi ada sesuatu berlaku.Kereta belakang cium kereta aku.Tersentak aku..Terus double signal..dan keluar kereta.Mengelabah amoi kereta tu..Ni punca dia main hanset la ni.Aku keluar dengan muka sopan tapi penuh makna.Ayat aku " AYOOO.Amoi..Apa you bikin.Jaga jarak sikit."..Amoi tu siap jawab lagi " Solly..solly.." Mujur tak ada apa-apa kemek..Kalau ada matilah mak..Nak menjawab dengan laki mak satgi.

Sempat lagi kan aku buat iklan jaga jarak kereta anda ni.Bukan apa..Aku dah lama perhatikan kebanyakkan pemandu kereta ni..suka sangat sibuk main henset la..sibuk nak makan bekal la..Aku ni bawa kereta punya lah fokus..diaorang boleh buat benda lain..Inilah salah satu punca kereta cium kereta.Itu satu hal.Satu hal lagi..Suka sangat tak mau bagi signal.Awatlah..Signal mahal kot.Malas sungguh..Lepas ni suruh je company buat kereta tu..tak payah pasangkan signal kereta..kan dah jimat kos.

Hari ni aku tak keluar lunch pun..Perut tak ingin diisi..Mintak air panas jer ni..So sempatlah aku BW blog korang..Yang mana sempat aku p..yang tak sempat tu i m sorry..

psttt...aku pakai tudung bawal aidijuma yang baru dapat semalam..huhuhu..Oren mak ngah kan...Tapi aku suka..

No comments:

Post a Comment