21 April 2016

Jom Lepaskan Stress Anda!

Bila sudah bertahun berkerja di tempat yang sama.Semakin jemulah kita mengadap perkara dan tengok orang yang sama.Aku akui aku sedang menghadapi situasi berkenaan.Bila bangun pagi aku terasa malas hendak datang kerja walhal aku perlu berkerja.Jika aku tidak berkerja macam mana aku nak bantu suami aku.Harap gaji dia semata-mata mana cukup.Kos sara hidup di negara ni semakin meningkat.

Aku ingin bebas,itulah ayat yang selalu aku ucapkan namun aku tak mampu.Aku harus ubah cara hidup di tempat kerja.Bagaimana aku harus lakukan.Aku nekad google dan cari apa patut aku lakukan.Akhirnya aku temui caranya.Selain daripada solat dan minta doa.Ada lagi beberapa cara yang korang lakukan.Seperti di bawah.

1.Senyum- Orang kata senyum itu sedekah.Ya aku cuba untuk senyum.

 2.Berbual - Di pejabat aku cuba berbual dengan rakan sekerja.Bila aku meluahkan rasa hati.Memang tenang sangat.Terasa aku telah lepaskan semua geram aku.

3.Shopping- Seminggu sekali aku akan pastikan aku dan suami akan keluar shopping.Tak kisahlah shopping barang dapur ke atau cuma window shopping.

4. Bercuti- 2 kali dalam setahun,aku dan suami akan bercuti.Kitaorang akan pergi jauh daripada Bandaraya yang sibuk ni.Aku suka tempat semulajadi dan bersejarah.Korang boleh saja bercuti dalam negara jika tak mampu macam aku ni.

Bila aku dapat lakukan kesemua di atas.Ternyata hati dan perasaan aku akan tenang.Dan aku boleh lakukan kerja dengan lancar.Hati gembira suami pun senang.Nak masak pun penuh cinta.


2 comments:

  1. kdg kena gitu utk kurgkan tekanan diri.

    ReplyDelete
  2. betullll.. shopping tu best tapi pengganggur sementara mcm ain ni tak best nak shopping. fulusnya :') .btw kalau stress lepaskan jgn pendam. sakit ;)

    ReplyDelete