13 April 2016

Cemburu Tanda Sayang Ke Mengada-Mengada Lebih

Makwe sapa yang tak cemburu?Tunang sapa yang tak boleh cemburu?Isteri mana yang tak boleh ada perasaan jeles?Meh bagitahu aku.Setiap wanita punyai perasaan kan.Pelik la jika makwe|tunang atau isteri yang tak ada perasaan cemburu ni.Orang kata cemburu tanda sayang.Kalau langsung tak cemburu ..apa maknanya tu? 

Aku? Aku biarpun nampak luaran macam okey tapi dalam hati ni ..ada juga perasaan cemburu tu yer.Dulu zaman muda.Amboi macam tua sangat sekarang..tapi lagi 3 tahun nak masuk 30 dah...alamak!!Okey berbalik kepada ayat mula-mula tadi..Aku dulu dalam 18-22 tahun memang kuat cemburu..selalu je aku spotcek pakwe aku (kini dah ex pun)..Apa dia buat..Mana dia p.Aku selalu syak wasangka..dia ada pompuan lain..Masa dia kerja dekat KL..selalu aku call..tiba-tiba dgr suara pompuan..Mau tak berasap kepala..walaupun dia bagitu itu kawan tempat kerja dia..Terus dia terpaksa berhenti kerja..balik kampung mengadap muka aku..

Dan kerana cemburu yang kuat jugaklah punca aku break dengan dia..Aku tak yakin dengan dia..Aku rasa mamat ni tak serius dengan aku..So dah 7 tahun berlalu..Alhamdulillah bila aku berhijrah ke KL ni..Aku baru nampak dunia luar.Dan di sini jugaklah aku bertemu jodoh..Aku akui..sepanjang aku bercinta dengan suami aku ..Aku dah buang jauh-jauh sikap cemburu buta aku tu..Aku "BERJAYA!!" Sepanjang aku bercinta dengan suami aku..tak pernah aku cemburu macam dulu..tak payah nak spotcek kat mana dia ada..dengan sapa dia kawan..Sebabnya suami aku kerja sama tempat dengan aku iaitu Giant..so kawan dia kawan aku jugak..

Aku dah diajar masa bercinta kami kurang call dan mesej..kalau nak bercakap..Keluar terus..So dari situ dah jimat kos..Sebab bagi aku kalau dah diajar asyik call sampai ke pagi buta..mesej tak henti-henti..takut nanti bila dah kawin..dia dah meluat..hahaha..Suami aku pun tak pernah nak cemburu dengan sapa aku berkawan dan makan..Sebab semua kawan aku dia kenal dah even sekarang aku tak kerja sekali dah dengan dia.

So kepada perempuan di luar sana.Jagalah hati sesama sendiri.Jika orang yang kita rapat tu pakwe|tunang|suami orang.Kenalah jaga batas pergaulan.Jangan nak bagi statement..Kata cemburu macam budak-budak..sebab cemburu tu tanda sayang.Awak tu perempuan..dia pun perempuan.Kalau ada orang buat macam tu kat awak..Apa awak rasa..tak kan nak senyum ja..mesti terdetik jugak perasaan cemburu tu kan..

Akhir kata..Jangan kencam akak yer..Akak cerita berdasarkan pengalaman jer.k bye..

4 comments:

  1. betul tu, kadang-kala hal kecik je, tapi cemburu tu dah menguasai diri, memang boleh jadi perang besar, tapi tuulah kan, kalo terlampau cemburu macam tu tak boleh juga, dan kalo tak ada sifat cemburu tu pun tak boleh juga....jadi sudah nya, masing-masing lah kena faham hati budi sendiri...hihhihihi..keladi komen pun atas pengalaman sendiri.....entri yang menarik tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Keladi sudi komen sini..Kita semua ada sifat cemburu jika sayangkan seseorang..Tapi disalah ertikan org pulak.

      Delete
  2. nama pon prempuan kan.. dgn adik bradik sdiri pon cemburu ni kan pulak dgn yg tsayang.. dgn diorg nih kena berpada skit..risau diorg rimas je.. kang tak pepasal masalah lain plak timbul.. dlm hbungan lebih baik bg kelonggaran utk bkawan.. asal hati memasing pcaya dan yakin satu sama lain.. tp klau dh kawen tu buatlaa mcm dh kawen xkan dgn sapa kita bkawan pon nak sorok lg..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi..mendalam tu maknanya..ada pengalaman erk..

      Delete