18 April 2016

Shell Out Di Rumah Saja.Lebih Selesa

Seharian kelmarin aku tak makan nasi.Bangun pagi makan roti sapu kacang je.Lepas tu aku layan drama TV 2 sampai pukul 5petang.Bukan aku tak lapar..lapar jugak..Tapi aku biarkan dulu..Lepas pukul 5 aku siap-siap naik motor ke Giant.Tempat di mana suami aku kerja.Sampai je kat Giant terus aku serbu uncle jack.Terpaksa makan jugak..yang bagusnya..nasi dekat uncle jack sesuai untuk orang diet macam aku..sikit je..tiga kali suap jer.

Tiba-tiba suami aku datang bawak dua ekor ketam..Dah kenapa suami aku ni..Dia suruh aku masak ketam pulak malam ni..Okeylah..Lepas tu aku suruh la dia potong siap-siap ketam tu..aku malas sikit bab nak potong ketam ni..Maklumlah..pisau kat rumah tak sebagus pisau kat giant tu..hehehe..elok nak balik..dah hujan pulak..suami minta tukar..dia bawa motor aku bawak kereta pulak..katanya jalan licin..takut aku tergelincir..So sweet sangat..

Aku masak ketam tu pakai kuah yang siap dah..Aku ingat nak buat ketam masak cabai..tapi aku malas  so cara senang beli siap-siap kuah dia..dan hasilnya..


Aku cuma tambah bawang kuning.cili padi dan daun limau purut sikit..nak bagi wangi kan..So tak la nampak macam aku beli kuah dia siap-siap..Kuah dia tak pedas so terpaksa tambah cili padi..Aku dengan suami suka makan pedas .

Aku main ratah je ketam ni..Berjam-jam jugak la aku ratah..maklumlah.ketam ni nak makan kena makan bersungguh-sungguh..tak ada nak covernya..Habis baju aku kena kuah ketam..Ni kalau makan kat luar..macam mana rupanya kan...So nanti nak ajak suami p Shell Out kat Parit Buntar.Dengar kata kat sana pun sedap..

2 comments: