19 April 2016

5 Beauty Tips

Hello Love

Kelihatan cantik setiap masa merupakan idaman semua wanita dan kerana itu lah ramai 
diantara wanita yang sanggup menghabiskan wang yang cukup banyak semata-mata untuk 
kelihatan cantik. Aku juga sukakan kecantikkan.Bila dah cantik suami pun makin sayang dan takkan gatai-gatai nak cari kat luar kan.Cantik merupakan suatu topik yang subjektif dan ia bergantung kepada 
pemahaman masing-masing untuk mentafsirkan apakah maksud sebenar bagi definisi 
cantik. Mungkin bagi sesetengah individu, wanita yang cantik adalah mereka yang berkulit 
cerah dan mungkin sesetengah golongan pula lebih tertarik dengan wanita yang berkulit 
gelap. Oleh itu, without being prejudice.. berikut merupakan 5 beauty tips yang cukup 
mudah untuk anda ikuti agar memiliki rupa paras yang cantik dan menyerlah!

1. Untuk kelihatan cantik, anda juga harus menjaga pemakanan anda. Oleh yang 
demikian, jauhkan makanan-makanan berminyak yang boleh memudaratkan kulit 
muka anda. Makanan yang berminyak adalah antara salah satu faktor pembentukan Aku pun sekarang ni tengah cuba menjaga pemakanan aku..Aku kurangkan pengambilan lemak dan nasik.

2. Seterusnya adalah dengan meminum banyak air masak pada setiap hari. Jumlah 
kandungan air yang mencukupi dapat memberikan anda kecantikan yang luar biasa.Sejak dari sekolah lagi kita diasuh untuk bawak bekal air kan..Seeloknya...minum 7 gelas air masak setiap hari..Aku sekarang ni memang kurangkan minum air manis..Kulit korang akan kekal lembab dan badan pun boleh kurus tau.Cubalah!!

3. Gunakan alatan solek yang bersesuaian dengan kondisi kulit muka anda. Seelok-
eloknya gunakan barangan make up dari jenama-jenama organic yang selamat .Ingat sebelum tidur..wajah korang WAJIB dibersihkan..No makeup yer..Cubalah tidur dengan makeup..Esok pagi mesti menjerit bila depan cermin..Aku pernah laluinya..dan merana seminggu.

4. Tidur dan rehat yang mencukupi juga merupakan faktor penting untuk memastikan anda kelihatan sentiasa fresh, bertenaga dan cantik!Sebagusnya  tidur 6 jam sehari.Kalau nak tidur di waktu siang..better sebelum masuk zolat Zohor..Dalam beberapa minit je tapi kesegarannya memang terasa.


5. Dan yang terakhir, ambil berat tentang penjagaan kulit dan rambut anda dengan
menggunakan produk-produk yang benar-benar boleh anda percayai. Lihat 
kandungan produk-produk tersebut dan elakkan daripada menggunakan produk 
yang mengandungi bahan-bahan kimia berlebihan.

Aku harap korang semua tak kiralah gadis ke wanita ke..Harus kekalkan kecantikkan.Even korang duduk rumah berkain batik..tapi jika kita pandai jaga kecantikkan diri..Percayalah..Pasti suami puas hati..Bagi lelaki pulak.Aku rasa korang boleh cuba 5 beauty tips ni..Sebab ianya senang dan tak perlu habiskan wang beli alatan senaman yang beribu-ribu tu kan..


So jom kita cuba!!

13 comments:

  1. Tak reti pakai kain batik. Boleh tak? Hahaha. =D

    Btw, thank you for tip. Cantik itu subjektif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je..zaman la ka ada kain batik jenis seluar tu..asalkan corak batik..haha

      Delete
  2. nak cantik nih tak semestinya kena jaga luaran je kan.. dalaman pon kena titik berat jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup...kalau dalaman x elok..pun masalah jugak

      Delete
  3. Ros pun takut nak guna produk bukan-bukan ni.
    memang pilih yang semulajadi je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...bahan2 sekarang byk campuran bahan kimia..kalau kulit tak sesuai memang padah jadinya

      Delete
  4. SINGGAH PETANG http://jmbelog.blogspot.my/2016/04/radio-online-meletup-fm.html

    ReplyDelete
  5. sy minum air 2 liter sehari hiks :D

    ReplyDelete
  6. nice sharing and tips ! Tapi ain mmg jenis bukan yg suka minum air :( kulit ain saaaaangat kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasai..Ain kena start minum air masak banyak2..InsyaAllah..kulit Ain dah tak kering nanti..Cuba yer

      Delete
  7. ramai bermasalah di no 2..

    no 1 mmg dh biasa..hihi

    ReplyDelete