18 March 2016

Tiga Telco (Maxis|Celcom|Digi) Bersatu

Hello...Selamat menunaikan Solat Jumaat kepada semua muslimin dan muslimat di serata dunia..Amboi kau..Macam satu dunia baca blog kan..Biasalah..Sekali sekala haruslah rasa macam tu..Bak kata orang angan-angan mat jening..Dah jangan tanya aku siapa Mat Jening tu...Kalau belajar dekat sekolah mestilah tahu..Kalau belajar dalam toilet memang tak kan tahu..Aku tahu..ramai yang suka ponteng kelas waktu bahasa melayu kan..Termasuk aku!! KAH!! KAH!!

Tergempar sangat ni..Baru semalam aku tahu..Apakah??Apakah?? benarkah telco Maxis ,Celcom dan Digi telah bersatu sekarang??Biar betul???Serius??



Eh jab..Apa kaitan dengan gambar di atas tu yer??
Mula sekali jangan marah kan aku yer...
Sebenarnya..Maxis,Celcom dan Digi tu adalah nama untuk tiga baby kucing aku tu..Punya lah pening nak fikirkan apa aku nak taruh nama ni..Tetiba semalam..Aku terfikirkan nama telco Malaysia..Hahaha!!!

Berair air matalah tiga telco tu nanti..Kucing dah pakai namanya..Senang ingat kan..lagipun aku rasa tak ada lagi manusia pelik macam aku yang pakai nama telco kepada kucing..Aku la paling pelik kot..ek..Masuk minggu ni da dekat dua minggu kehadiran baby comel ni..Tak sangka kali ni mak nya berjaya jugak lahirkan baby comel gini..Dan kalau korang nak tahu..Ni adalah kali ketiga mak nya beranak..tapi tak pernah hidup..kejab je dah mati..

Kali ni nasib baik hidup dengan sihatnya..cuma ada seekor mati..Maklumlah..ada 4 mesti mati sekor..dah pandai dah mak nya..Dulu tak cerdik lagi kot..Geram aku tengok gelagat 3 telco ni..Kuat minum susu dan tidur je..Harap 3 telco ni akan membesar menjadi kucing yang sopan dan baik..Jangan ikut perangai mak nya..Yang kuat bebel tu...

Nanti aku tangkap lagi gambar 3 telco ni bila dah boleh berlari yer..Mesti qute jer nanti...yang penting jangan caras Intagram aku sudah...Hahahahah..dengan kucing pun nak kedekut..

5 comments:

  1. Ahahaha ingatkan betul dah ada rangkaian Macelgi xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha,,kalau bersatu betul macam mana rupanya nanti

      Delete
  2. HAHAHAHAHHAHH.omg akak comelnyaa letak nama kucing . kenapa tak penah fikir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha...bila mai otak sewel ginilah jadinya

      Delete
  3. Good idea..aishh comelnya baby cat ni

    ReplyDelete