24 March 2016

Sa Sa Makeup Workshop With PUPA Milano Limited Edition Dot Shock

Hello kesayangan!!

15 Mac 2016, aku dan beberapa blogger telah dijemput ke Sa Sa Makeup Workshop yang terletak di SASA, IOI City Mall.Makeup workshop ni diadakan sempena dengan pelancaran PUPA Milano Limited Edition Dot Shock.I'm so excited okey.Tak sabar nak tengok alat soleknya yang terbaru gitu.

Kalau korang nak tahu,PUPA Milano ni adalah salah satu jenama alat solek yang bukan saja terkenal di Itali malah PUPA Milano juga telah menembusi pasaran antarabangsa.Antara negara yang berjaya ditembusinya adalah Australia,Kanada,Hong Kong dan banyak negara lagi.Our country,Malaysia juga tidak ketinggalan okey.Baguskan..

Pelancaran PUPA Milano Limited Edition Dot Shock ini turut di meriahkan lagi dengan kehadiran seorang International Makeup Artist yang diterbangkan khas daripada Itali.Giorgio Forgani nama yang cukup dikenali sebagai makeup artis gitu.


Cukup serius aku dengar apa yang diperkatakan oleh Giorgio Forgani.Banyak ilmu dalam cara kita bermakeup yang betul dapat dipelajari tau.



  "PUPA MILANO LIMITED EDITION DOT SHOCK"

Perkataan pertama yang aku kata waktu lihat produk terbaru keluaran PUPA Milano ni..
" Wah!! Cantiknya packing dia..Cantiknya warna lipstik..Eh..ni kali pertama aku tengok blusher comel ..".
Aku macam orang baru keluar hutan..hahahaha..But seriusly,memang amazing giler produk terbarunya ni..terasa nak angkat semua balik rumah jer..

Eyeshadow Palette
PUPA Limited Edition Dot shock Eyeshadow Palette didatangkan dalam 2 versi..Satu Spring Sunset...Dan satu lagi Sweet Romance..Kalau tengok dengan mata kasar nampak macam sama je warna dia..Tapi sebenarnya..Spring Sunset ni warna dia gelap sikit..Sweet Romance pulak cerah sikit..So up to you wish want to use..

Blush
Aku suka dengan PUPA Limited Edition Dot Shock Blush dia.Sangat comel.dan mudah digunakan.Yang paling best lagi..blush dia wangi tau..ada macam bau buah dan bunga..Aku suka sangat!!

Nail Polish





Perkara yang paling aku nantikan adalah bergambar dengan Giorgio Forgani the International Makeup Artist from Itali.He is so friendly.Tak lokek dengan senyuman.Korang boleh saja tanya beribu soalan..


video


With Ms YY Nuffnang People

With my personal SASA Makeup Artist

Korang tengoklah..Bertapa baiknya aku bila dimakeupkan..Satu persatu dia ajar aku cara makeup.
PUPA Milano Limited Edition Dot Shock ni adalah makeup yang sangat sesuai untuk kulit Asia seperti kita.Sebabnya natural..Tak terang dan tak malap sangat.Aku ni suka makeup juga..Aku suka makeup ringan-ringan ja.So nampak gayanya PUPA Milano Limited Edition Dot Shock ni la paling sesuai dengan aku..

Okey.Untuk Maklumat yang lebih lanjut berkenaan PUPA Milano Limited Edition Dot Shock ni..Korang bolehlah layari https://www.facebook.com/SaSaMalaysia/?fref=ts

Selamat menjadi cantik seperti artis Itali yer..Muah Cikek...

16 comments:

  1. wah..sonoknya..haritu dapat invitation ni dari Nuff tapi tak terpilih..huhu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. memang style barang dia..kalau nak beli memang tak mampu..harga dia pun mengagumkan..

      Delete
  3. uuu, timm xgheti makeup..tau bedak, mascara n eyeliner jek..
    g je kn mrah dgn bos sbb xpkai lipstick..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pakai lipstik pun kena marah??wah nampaknya bos Timm pentingkan keterampilan ni..

      Delete
  4. Replies
    1. mestilah best...dapat belajar makeup free..hahaha

      Delete
  5. Tak pernah try lagi makeup dari brand PUPA ni, tapi hari tu ada swatch blusher dia, memang cantik sungguh! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..memang cantik..dan paling best ianya wangi

      Delete
  6. Seronoknya dapat join AA...
    Emmm...cantik jugak bekas dia tu....Apa yg biji biji tu AA? Blusher ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eceh..ingatkan AA tu nama bateri rupanya nama sendiri..hahaha..gelaran baru ni..yup..yg bijik2 tu blusher

      Delete
  7. Terbaca pasal workshop ni kat blog Emily, event yang sama agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mybe..ada 6 orang blogger under nuffnang..

      Delete