9 March 2016

Restoran Nasi Kandar Terbaik Dan Murah

Restoran Nasi Kandar Terbaik Dan Murah | Tengok tajuk entry pun dah terliur kan..Apatah lagi kalau dapat makan dekat sana..Inilah sebabnya aku kerap balik kampung sekarang..Kalau tak pekena nasi kandarnya..uiissshhh..memang rugi tau..Memang terbaikla sampai tak tahu nak cakap apa.

Kalau korang pergi ke Perak..iaitu Parit Buntar atau Nibong Tebal..Korang wajib cuba makan dekat Restoran Nasi Kandar Haleem ni..Memang TERrrrrsangat puas hati..Aku hari tu balik masa weeding adik..Dah cuba sekali..Bila balik KL ni..duk terbayang lagi lauk pauk dia..Minggu lepas aku lepaskan gian aku lagi..Aku bawak suami aku pergi makan sekali..


Kali ni memang kena beratur panjangla sikit..Iyerlah..dah ramai pengemar dia..Tapi tak kisahlah nak beratur panjang mana pun..yang penting hati puas..suami aku pun tak sangka..Dah la sedap..macam-macam lauk pauk ada..Murah pulak tu..Memang murah..Ni lah kali pertama makan kedai mamak dengan harga yang sangat berpatutan..Korang bayangkan yer..Aku lauk ayam..suami aku lauk daging...mama lauk ayam..Adik aku lauk ayam..Air pulak  nescafe ais..milo ais dan teh ais..Kalau dekat KL ni mau cecah RM 40 kot..atau lebih...Tapi..Di Restoran Nasi Kandar Haleem ..Boleh simpan kot duit korang tu..Jumlah yang aku bayar hanya RM 29.00..Murah kan..

So kepada sesiapa yang nak pergi makan tu...Haruslah menuju ke Restoran Nasi Kandar Haleem ni..Sebelum terlupa..Restoran ni hanya buka pada jam 5petang dan tutup jam 2pagi..Makanan dia hanya nasik dan lauk pauk..Tak ada roti canai atau makanan goreng yer...Tapi percayalah..Korang pasti puas hati..kalau nak p tu..hello-hello la aku yer..Bolehlah aku bawak p..hahaha..

Lokasi : Restoran Nasi Kandar Haleem,Taman Pekaka..Berdekatan dengan USM Transkrian.
Waktu : 5petang - 2 pagi.


1 comment: