17 March 2016

Menu Kampung Asam Pedas Ayam

Assalamualaikum..Petang ni baru ada masa nak update blog..Kesibukkan melanda diri hari ni..Meeting la..Porposal harga bagai la..Uisshhh..Tak ada benda lain ke nak suruh aku buat..I'm So Bored!!
Sekarang aku senang sikit..Maklumlah..lagi beberapa minit nak caw dah...Aku duk nampak muka suami aku je ni..amboi lain macam rindunya..Ada banyak cerita aku nak cerita dengan dia..Maklumlah suami aku tu BFF aku sejak 2013 lagi..Mana boleh tak chit chat dengan dia.Rahsia macam mana pun kena juga cerita dengan dia..Syurga aku kan dekat dia.


Okey terliur tak..Kalau terliur tandanya aku berjaya masak Asam Pedas Ayam..kalau tak tandanya..tak sedap..hahaha.Senang sangat aku buat..Amboi berlagak nak Mampooossss..hehehe..maafkan aku yer..

Nah aku bagi bagi resepi Asam Pedas Ayam aku ni..Harap korang jangan gelakkan aku yer..

Bahan-bahan:-
-Ayam 4 ketul( cukup untuk dua orang )
-Cili boh ( aku buat sendiri )
-Bunga kantan
-Air asam jawa (ikut suka korang nak masam lebih atau tak)
-Tomato belah dua.
-Garam dan gula

( Pssttt..Aku tak guna daun kesum sebab daun kesum dah habis.kAH!! KAH!!)

Cara-caranya:- ( Okey jangan gelak)
-Tumiskan bawang merah sikit..Lepastu masukkan 2 sudu besar cili boh..Masak sampai pecah minyak..
- Kemudian masukkan ayam serta air sikit..Biar ayam masak betul-betul..Macam mana nak tengok..Korang tak nampak ada darah mengalir dan isi dia bertukar putih.
-Tuang air asam jawa dan bunga kantan..Aku belah dua bunga kantan tu..
-Kemudian Garam dan gula..elok nak masak dah..baru masukkan Tomato..

Rasa dulu..sedap baru tutup api..kemudian..SIAP

Senang je kan..Selamat mencuba yer..

6 comments: