14 March 2016

Kuih Keria Pertama

Kuih Keria Pertama | Aku tertengok dalam ig lana nordin.Tengok dia buat kui keria untuk family mentua dia..macam sedap jer..tak sangka pandai dia buat ..then..dia tak lupakan untuk promosikan kuih melayu kepada mat salleh di luar sana..baguskan..

Terdetik di hati ni.."eh aku nak try jugak la"..Hari Sabtu lepas..masa aku pergi beli barang dekat Giant..Aku terus ke arah tempat ubi keledek..Sampai je dekat situ..aku konfius..Yang mana satu sedap buat kuih keria.Demi nak elakkan confius aku berpanjangan..Dah dekat setengah jam aku duk belek-belek keledek tu...Aku tangkap gambar dan send dekat mama aku..Dan akhirnya..


Keledek warna ni jadi pilihan aku..mama aku kata yang ni sedap dan manis sikit..Aku ambil 2 ketul je..Terukkan ...Punya lama aku tunggu dekat situ..2 ketul je aku ambik..hahaha..

So kat bawah ni cara-caranya yer..

Kita kenalah rebus bagi empuk dulu keledek tu..Kalau tak..macam mana nak leyek bagi hancur..Dah leyek.tuang sikit air garam..dan tepung gandum..Tepung agak-agak korang boleh uli jadi doh..

Dah jadi doh..dan buat bentuk macam kuih donat tu..Boleh goreng..Nampak warna kekuningan tu..Angkat dan toskan minyak..kemudian..sapukan atas gula halus..

Akhirnya..


Siap untuk dimakan..Aku buat sikit je..sebab aku berdua je dengan suami..Bagi percubaan pertama ni..Suami aku kata..okeylah..cuma keras sikit..kena kurangkan tepung sikit..katanya la...yang penting aku mencuba gitu...

Korang pun kenalah berani mencuba sesuatu kan..Perut suami kita kenalah jaga elok-elok..Nak cuba macam aku..dipersilakan..hahaha

4 comments:

  1. keledek purple sedap jugak kan? tapi orang kata keledek oren tu paling sedap! aduhh teringin pulak nak pekene keria seketui

    ReplyDelete
  2. Pernh juga lya buat, letak byk2 ubi baru sdp hihi

    ReplyDelete