29 March 2016

Kepentingan Wang Hantaran Dalam Pernikahan

Assalamualaikum uolls,,

Nampak gayanya aku lambat jugak update pasal kisah GEMPAR!! yang sedang diviralkan sekarang..Meletup kau Jah..Femes la nanti..hahaha.What ever..( mata juling naik atas )

Aku nak bagi pendapat la sikit.Sikit jerrr..tak banyak pun..maklumlah aku ni baru jer nikah 3 tahun kot..tapi aku nak kongsi jugak pendapat..Cerita aku ni nanti bukan nak riak atau bangga tapi inilah realitinya..

SERAM KE IDAK???

Aku ada empat beradik.Kesemua adik-adik aku lulusan universiti..Degree dalam perakunan serta IT..adik laki aku bakal graduan kolej vokasional..kecuali aku..AKU!! aku hanya lulusan SPM tapi alhamdulillah..aku kena rajin dan aku mendapat pekerjaan yang aku tak pernah mimpi pun..Gaji aku sama je dengan budak dip..Ini semua usaha okey..

Aku nak kawin..kawin dengan seorang lelaki biasa yang juga lulusan spm..tapi result dia lebih teruk daripada aku..maklumlah budak laki kan..Then lelaki itu hanya kerja potong ayam di Giant.Bila nak kawin,mama aku tak letak harga tinggi pun..Below 10k..Tapi majlis aku berjalan dengan reda Allah SWT..Mau giat juga suami aku simpan duit nak kawin..

Kemudian adik aku,lulusan degree perakaunan..Kebetulan dengan kisah semalam..suaminya juga security di PPUM..Surprisenya..wang hantaran adik aku sama juga dengan aku..Alhamdulillah..majlis berlangsung dengan lancar..sekarang ni hidup aman damai jer...Tak bising-bising pun pasal wang hantaran..

Akan datang adik aku lulusan diploma..wang hantaran masih sama..bakal suaminya seorang askar..Boleh je wang hantaran below 10K..BELOW...BELOW.. okey..

Apa penting sangatkah wang hantaran berbelas ribu ni..Aku punya wang hantaran yang below 10K  boleh je bayar katering,baju pengantin,gambar,goodies beg..kalau nak tahu jemputan yang datang hampir 2k..ok jer majlis aku..nak kata ekonomi punya pasal..kita kenalah pandai bajet..Kalau pihak lelaki kerja hebat tak pe lah..ni gaji pun tak sampai 2k..kau minta hantaran berbelas ribu..kalau dah couple berpuluh tahun it's okeylah.maybe sempat simpan..ni kalau 3 tahun je kawan..mana sempat..

Kalau ikut Islam yang sebenarnya..Senaskah Al-Quran dan telekung solat dah cukup..Yang penting sah di sisi syarak..Cuma adat melayu kita la..kena juga buat kenduri sebab perkahwinan ni kena dihebahkan kann..
Kepada kaum lelaki pulak..Kalau rasa memang tak boleh nak bawak wang hantaran yang berbelas ribu ni..better bagitau siap-siap..tak la jadi macam kes viral semalam tu..

Renung-renungkan..selamat beramal..

Eh..gitu..pulak...

10 comments:

  1. Replies
    1. tu la...semua org dah anggap wang hantaran tu segala2nya

      Delete
  2. Replies
    1. memang la wang hantaran tu satu keperluan tapi jika tak cukup dan tak mampu kenalah berterus terang..bagi akak..maybe lepas hari nikah pihak lelaki akan langsaikan.yang penting mas kawin ada..

      Delete
  3. Sekarang ni macam-macam.. biar happy kan :)

    ReplyDelete
  4. patutnya dahulukan apa yang penting...sebab perkahwinan untuk menghubungkan dua keluarga bukan memecahbelahkan dua keluarga

    ReplyDelete
  5. Sebenarnya, ikut hukum takde... Duit nak buat kenduri tu atas tanggungjawab ibu bapa bukan bakal suami... Tapi adat kita, bakal suami tu la yang support kenduri kita... Kalau ikut hukumnya, suami ni cari duit kenduri untuk pihak dia je la.. Untuk kenduri pihak perempuan ibu bapa pengantin perempuan punya tanggungjawab. Apa pun semua ni boleh settle dgn berbincang.. Bukan bergaduh...

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu kita masih nak mementingkan adat tapi melupakan syariat. Kan...

    ReplyDelete
  7. akak kahwin xde mas kahwin... duit hantaran tu saja... alhamdulilah selamat semuanya...

    ReplyDelete
  8. seram !! ahahah tapi ni peringatan untuk semua.

    ReplyDelete