24 March 2016

Kehebatan Batman vs Superman..Who Win?

Assalamualaikum dan salam sorei..

Semalam aku ambik cuti mengejut..Bukan apa..Aku perlukan ketenangan SANGAT-SANGAT..Entahlah sejak masuk 2016..aku rasa macam nak resign jer..Tapi bila difikirkan balik..Kesian pulak suami aku tu..Lagipun dekat rumah tak ada budak kecil yang nak dijaga..Yang ada hanya baby telco jer..So kebetulan semalam suami off day..Dia pun tahu apa yang aku rasai sekarang..Mujur dia bawa aku pergi widow shopping dekat Midvalley..Before that,kitaorang pergi makan dekat Restoran Ayam Kampung Cheras..Sedap dan melegakan bila dapat minum pulak air kelapa.Orang utara panggil "AYAQ NYOK" bukan nyayok yer.

Dalam pukul 5 lebih lepas kereta siap servis..Suami bawak aku pergi Mid Valley..Mula tu rancang nak tengok movie tapi disebabkan pernah sekali sesat cari kereta tak jumpa..di tengah malam..terus cancel..Tapi dekat dua jam jugaklah usya orang-orang yang ada dekat Mid Valley tu..Dan SURPRISE sangat ke aku je rasa begitu..Terserempak pulak dengan APEK..penjaga gol Kelantan..Wah...hensem dan tinggi jugak..Suami aku pada mulanya nak bergambar dengan dia..tapi keseganan melampau..Masa otw balik ke Cheras,masing-masing duk kata "RUGI BETOI TADI TAK AMBIK GAMBAQ"

Kesudahannya,demi mengubat kekesalan,kitaorang pergi tengok movie"BATMAN vs SUPERMAN" dekat Leisure Mall.Kalau dekat sini memang senang la..Maklumlah dah selalu datang..Balik tengah malam pun tak kan sesat...



Bagi aku movie ni boleh la layan..semalam kan hari Rabu..Penuh kot panggung pukul 8.30 malam..Tak sangka..Sepanjang movie tu aku asyik makan pop corn jer..Sakan kan..Tapi part yang paling aku sedih..ke aku sorang je sedih..bila Superman mati..Time makluk asing tu..cucuk jantung dia..Terus air mata aku mengalir..Sensitif sungguh aku..Suami aku bo layan la..Dia memang tengok movie apa pun tak ada perasaan..

Aku tengok Superman tu masa last macam hidup balik jer..Ni mesti ada sambungannya..Harap sambungan nanti..tak payahlah Batman tu..Watak dia kurang best..Tak banyak aksi pun..OPPSss sorry..Watak Superman tu memang hidup..Dah la hensem..tergugat jiwa..

4 comments:

  1. Wah.. Macam menarik filem ni... Blh tengok ni nanti...

    ReplyDelete
  2. Rugi tak bergambaq dengan Apek. Hehe ^-^

    ReplyDelete
  3. xsangka betul diorg boleh kawan xsmpai 5saat ..ingtkan slh sorng mati ..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Hahaha boleh serang panggung wayang ni ^^ Macam best..

    ReplyDelete