24 February 2016

Produk Hilang Parut Kemalangan

Produk Hilang Parut Kemalangan | Dua hari lepas pada waktu petang tu aku mendapat berita gembira dimana adik perempuan bongsu aku dah dapat apa yang diidamkannya selama ini..iaitu kereta..Alhamdulillah.rezeki dia dipermudahkan..Dia bayar cash..tak mau hutang-hutang dia kata..Semua tu adalah hasil usaha dia sendiri..Aku sebagai kakak sulung patut bangga sebab adik aku dapat apa yang dia nak atas daya usaha sendiri..Biarpun hanya kereta second hand tapi kereta tu masih elok..dan minggu ni lepas ujian puspakom..merasa mama dan abah aku naik kereta baru..Aku ni mungkin tak dapat merasa lagi..kenkangan waktu kerja dan rumah tangga.

Malam tu pulak..Mama aku whatsapp sesuatu yang buatkan jantung dan hati aku nak berhenti."Adik aku kemalangan" Adik lelaki aku kemalangan di kawasan kampung aku jugak.Kemalangan yang mengakibatkan 2 pihak iaitu adik aku dan seekor kucing..Macam nak ketawa pun ada jugak..tapi mama aku kata mungkin adik aku bawak motor laju..biasalah jalan kampung..Dia brek mengejut dan mengakibatkan motor tu goyang..Lalu dia tersungkur jatuh atas jalan tar..Aduh...pedih pulak aku dengar..Nasib baik kucing tu tak apa-apa.malahan kucing tu lesap..Takut atau terkejutnya kucing tu..


Nasib baiklah tak cedera teruk sangat..tak ada yang patah..Maklumlah bulan 11 ni dia nak pratikal dah..Kena lah beberapa jahitan dekat pipi dia..muka tu yang teruk sebab tersungkur..Mama aku nak cuci luka dia pun naik takut..mujur ada akautan yang jadi doktor sementara dekat rumah..Adik aku yang baru kawin hari tu dia ada dekat kampung..Dia cuti sampai 28 ni..29 ni dah start masuk kelas..

Sekarang ni aku tengah cari produk yang boleh hilangkan parut kemalangan..Bukan apa..kalau kaki dan tangan luka tak pa..Ini muka..Kesian dia..Hilang macho dia..dah la dia sorang je adik lelaki aku..Siapa tak sayang adik kan..Tambah-tambah adik lelaki bongsu pulak..Kalau ada yang nak rekomenkan dekat aku boleh email dekat aku yer..Kalau nak sponsor lagi bagus..hehehe..

4 comments:

  1. Moga adik Fida cepat sembuh. Guna produk aloecare untuk hilang parut tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. aloecare??..tak pernah dgr lagi..tq Zumal seba bagi info..nanti Fida godek2 cari kat kedai jamu

      Delete
  2. Mak aiii seramnya tengok lebam kat muka dia tu Fida....mcm bengkak jer tu.

    Seriaukan kita kalau dengar berita kemalangan cengitu. Nasiblah tak berapa teruk, tak masuk hospital bagai, legalah jugak.

    Bestnya dpt beli keta dgn hasil titik peluh sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seram..kena jahit berapa jarum tah kat muka..tapi sekarang ni dia demam pulak..

      Delete