29 February 2016

Ke Genting Kah Kita

Ke Genting Highlands Dalam Masa 2 Jam | Hari ni merupakan hari lompat  untuk bulan Feb 2016.Sekejab je rasa,esok dah masuk bulan Mac..Semalam merupakan hari cuti yang paling bermakna dalam hidup.Pertama kalinya sejak aku berusia 27 tahun.Aku dapat jejakkan kaki ke Genting Highlands.Perancangan ni pun last minit antara suami dan kawan-kawan dia.Aku sebagai isteri ikut je..tambah-tambah bab berjalan ni..Ala tak banyak modal..Minyak kereta.tol dan tiket naik cable car je.Lagipun dekat je dengan umah kan.tak sempat tidur pun..

Mula tu kitaorang semua mandi manda dekat Ulu Yam dulu..Bila nak balik semua pakat bincang nak pergi Genting..Bukan selalu nak keluar jalan-jalan ramai-ramai kan..Kalau benda rancang awal takut tak jadi..so selalunya la kan..Benda last minit baru jadi..5 biji kereta menuju ke genting..Tak sejuk pun..itulah ayat pertama yang keluar daripada mulut aku.Sungguh kalau dekat Cameron Highland hari tu..pukul 3 dah rasa sejuk..Ni dekat Genting pukul 5 tak rasa apa-apa pun lagi.Kenapa yer..

Naik Cable car dengan kawan baru..

Genting Team


Dalam pukul 6 petang..Baru nampak ada kabus.Baru rasa sejuk..Tapi dasyat tak kitaorang..siap pakai selipar jepun ..baju nipis ja....hahahaYang pakai baju kurung pun ada..hahaha

Wanita sebalik jejak Temangan.

Nampak kan kabus semakin menebal..tapi suhu 20Darjah celsius

Husband and wife sebelum naik cable car


Nampak nya bulan ni pun aku dah berjaya pergi short vacation...Hanya dalam 2 jam ja duduk pusing dalam genting tu..Biasalah benda tak dirancang..So suami kata lepas ni..boleh lah kita menginap satu malam dekat sini..Sebab dah tahu dekat mana cabel car..Total untuk naik cable car ni hanya RM 25 pergi dan balik..untuk 2 orang..nasib baik murah jer..Tapi masa nak naik tu..agak seram jugaklah..dah lama tak naik cable car..Last naik pun dekat Langkawi tu pun tahun 1999..hahaha..lamanya..

1 comment:

  1. Tmpt yg tringin lya nak pegi..genting tunggu nnt ada rezki lbh lya ke cna hihi

    ReplyDelete