19 February 2016

Hina Sangatkah Kereta Aku

Hina Sangatkah Kereta Aku | Kadang-kadang aku terfikir jugak ..salah apa kereta aku dengan kereta orang lain..Asal aku bawak elok-elok ..ada saja orang yang nak hon dan tindas aku.Aku tahulah kereta aku ni buruk..Warna pun dah luntur..Kesan kemek tu adalah sikit..Tu pun bukan sebab terlanggar kereta orang..tapi kayu..Kemek dia dekat bawah pintu..so memang bukan sebab langgar kereta la kan..Tak kan kereta aku p conggek nak langgar kereta orang lain..Ni semua kisah masa balik Penang dari Kelantan..Kayu apa tah yang duduk baik punya atas jalan..sekali dia bedal bawah pintu..terus kemek sampai sekarang.

Cermin depan kereta aku memang dah setahun lebih ada kesan retak.Ni pun sebab balik Kelantan..Laki aku ikut lori batu..jauh tapi nak buat macam mana..Batu tu nak jugak singgah cermin depan kereta aku.Warna kereta aku memang lusuh dah..maklumlah wira sedan je kan..Memang nak tukar warna tapi korang kenalah faham..Kos nak cat tu pun bukan murah..mau kena ada ribuan gak..

Dalam minggu ni aku bawak kereta p kerja..Geram je aku rasa..Kereta-kereta mewah semua suka sangat menghimpit kereta aku..malah ada jugak yang masuk mengejut tanpa bagi signal..Nasib baiklah aku bawak slow..Kalau tak nanti dah kena hentam dengan kereta mewah tu..Sapa yang dipersalahkan nanti..semestinya aku jugak..sebab kereta aku buruk..Macam semalam pun sama jugak..Kiranya hari-hari aku kena buli dekat jalan..

Husband aku ada cakap yang dia nak beli camera letak dalam kereta..Sebab sekarang ni macam -macam boleh jadi kan..Banyak sangat kaki buli dekat jalan raya sekarang.AKu dah survey...dah tengok harga tapi aku jatuh cinta pulak dengan satu jenis ni..Harga dia pun not bad ...So nak p cari dekat uptown la nanti..

6 comments:

  1. sekarang ni mmg elok ada kamera kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui tu Yana..kita ni dah la perempuan senang sgt jadi mangsa buli nanti

      Delete
  2. Replies
    1. tak larat nak sabaq dah...bila geram ja..terus rasa nak angkat stereng lock...hahaha

      Delete
  3. himpit depa balik kak. hahahah. sabaq la nahh. eksyen sgt aih hat bawak keta mewah tu

    ReplyDelete
  4. Zaman skrg ni byk btl pmbuli jln raya..seriau juga ehh

    ReplyDelete