15 February 2016

Genap Empat Tahun

Genap Empat Tahun | Alhamdulillah..Segala perit dan liku dalam perkerjaan ni dah aku tempuhi selama empat tahun.Tak sangka begitu cepat masa berputar sampai tak sedar hari ni 15 Feb dah genap empat tahun.Malah ini adalah kerja yang paling lama aku bertahan..Kalau sebelum ni..Aku hanya mampu bertahan dalam tiga tahun lebih ja.Lepas tu aku belah.

Aku pernah kerja kilang dell yang terletak di Bukit Tengah,Pulau Pinang..Tu pun bertahan dalam dua tahun.Sempat jugaklah aku bayar duit muka kereta.Bersyukur sangat,kereta tu masih ada sampai sekarang dan menjadi hak abah aku.Banyak jasa kereta tu tau.Hantar adik aku masuk universiti dan bawa mama aku p hospital..Sekarang ni kereta tu agak usang..bukan usang apa..cuma body je kena cat lain..Take time yang tu..Abah ada tanya nak bagi kereta tu dekat sapa esok kalau abah tak ada..Aku cakaplah..letak je kat umah ni..Adik lelaki aku kan ada..


Lepas tu aku kerja dekat kilang Nissho..yang tu dekat dengan umah aku..Gaji ciput tapi okeylah..boleh la balik makan kat umah..Dapat jugak aku beli moto ex5..Tapi sayang motor tu aku dah jual..sebab nak buat duit modal sewa rumah..korang pun tahu kan..umah kat KL ni deposit umah saja dah dekat dua ribu.Pejam mata saja la..Walaupun dalam hati masih sayangkan motor tu..

Last sekali aku kerja Giant dekat Kajang..Time tu aku duduk asrama..ni sebelum aku jual motor la..dan aku kerja dalam tiga tahun je..Berkenalan dengan pakwe kelatan ni pulak..Tapi aku berhenti balik kampung..Masalah kesihatan pulak..Sambil-sambil tu aku tolong somebody jaga kedai runcit dia..Tapi faham je la.kalau kerja kedai runcit ni..Bila mint cuti dua hari..terus dibuangnya aku..

Kata orang rezeki ada dimana-mana..last sekali aku dapat jugak kerja dekat tempat aku kerja sekarang ni..Siapa sangka budak lepasan spm dapat kerja dalam bidang sales & marketing..Mungkin rezeki aku.Bila aku dapat kerja ni..rezeki aku murah..aku dapat kawin dengan pakwe kelatan aku tu..malah segala kos perkahwinan aku tu..hanya upah gaji aku jer..memang la ada hutang bank sikit..tak banyak pun..

Dan akhir tahun lepas..dapat jugak aku beli sebuah motor..dapat jugaklah laki aku ulang alik naik motor..Iyerlah tak larat aku nak p kerja awai..pastu nak kena tunggu dia balik pukul 7malam.so sekarang ni di naik motor aku naik kereta..hahaha..Oppss...duit motor dia yang bayarkan..Malahan duit minyak kereta pun dia isikan..Jahatkan bini dia .hahahah

Aku harap aku mampu bertahan lagi berkerja di tempat ni.Insyaallah jika hati kita cekal..Apapun dugaan dan cabaran yang datang sewaktu berkerja ni..dapat kita harungi..Pejamkan mata..pekakkan telinga..Mula dengan gaji kecik..Insyaallah..makin tahun akan naiklah gaji tu..Banyak jugak cabaran yang aku hadap berkerja di sini..Banyak kerenah dan jenis orang yang ada..Macam aku..buat pekak dan buta jer..hahaha

9 comments:

  1. Kja dgn org ni memg hati kna kental..tahniah fida teruskn brdedikasi jdi pekerja yg baik hhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah hilang kental dah Lya..sekarang rasa mcm nak cabut jer..letih dah

      Delete
  2. heee. kalau ada rezeki tak kemana kan walau kerja merata.

    ReplyDelete
  3. Tabik la, Zumal tak pernah ada pengalaman keja sampai 4 tahun. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu kalau bujang memang tak kan bertahan sampai 3tahun je..sekarang sebab dah kawin ..pastu duduk pulak Kl..kesian dekat suami..tu yg kena bertahan gak..walaupun perit

      Delete
  4. Tabik la, Zumal tak pernah ada pengalaman keja sampai 4 tahun. Hehe

    ReplyDelete
  5. akk lak tkr keje 4-5 kali lps habis study dulu..yg last tu menten smpi skrg..dh 6 thn pun..ffuhh kejap je rasa 6 thn...yg penting pengalaman kita tu yg mahal kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup akak..pengalaman tu penting..so sekarang ni kena bertahan sampai umur 30..

      Delete
  6. Semoga berrjaya tau ! nona pun dah setahun keje, berhenti lak..then cuba yang kje baru ni, nak dekat dua bulan lebih.... lama nak tunggu sampai bertahun tahun, huhu~ doakan nona okayyyy, thanks !!!!!

    ReplyDelete