26 February 2016

Cinta Teruna Kimchi Habis

Cinta Teruna Kimchi Habis | Selesai sudah drama yang bagi aku best dan ada maksud tersirat..Lakonan mantap hero dan heroin kita..Nadzim Othman sebagai Sulaiman Kang Yee Jun | Johan As'aari sebagai Amin | Neena Baharudin sebagai Saidah dan Risteena Munim sebagai Cik Suraya.Jalan ceritanya melibatkan dua negara iaitu Malaysia dan semestinya negara yang dikaitkan dengan Kimchi iaitu Korea Selatan.


Kang Yee Jun merupakan jejaka Korea yang sedang mencari siapa dirinya dan siapa ayahnya.daripada apa yang diketahuinya,ayah kandungnya adalah seorang muslim yang berasal daripada Malaysia..walaupun dia dibesarkan oleh ibunya yang bukan Islam namun hatinya cukup ke arah keislaman..Tidak pernah dia sentuh arak dan makanan yang tidak halal.Demi mengenali Islam denga begitu mendalam,Kang Yee Jun bertemu dengan Amin..Amin seorang rakyat Malaysia yang kuat pegangan agamanya..

Kebetulan pihak kolejnya mahu adakan pertukaran pelajar ke Malaysia..Kang Yee Jun tidak melepaskan peluang tersebut malan dengan izinNya..Kang Yee Jun terpilih..Bermula detik itulah cinta Kang Yee Jun kepada gadis muslim yang bernama Saidah..Tak mau cerita panjang la..Korang mesti tengok kan semalam..Best ending kan..Masing-masing dapat cinta hati..aku pulak yang tersenyum riang..

Tahniah kepada pengarah..

1 comment: