15 January 2016

Review-Best Ke Hotel Copthorne Cameron Highlands

Review-Best Ke Hotel Copthorne Cameron Highlands | Setelah hampir tiga tahu aku mendirikan rumah tangga.Inilah kali pertama aku dan suami keluar menginap di hotel yang jauh di atas bukit sana.Ini semua idea suami sendiri.Dia tahu aku macam dah suam-suam kuku.Perkahwinan kalau tak nak hilang seri kenalah selalu pergi honeymoon..bak kata kak ipar aku lah.Tambah-tambah sekarang ni masih lagi berdua bersatu..jadi gunakanlah peluang ni sebaik mungkin.

Hal dengan book hotel ni suami serahkan dekat aku..Tapi akhirnya dia yang buat pilihan..Kata suami.biar murah asalkan aku dan dia selesa.Bincang punya bincang..walhal bincang dalam whatsapp jer..Suami pilih Hotel Copthoren Cameron Highlands.Kami pergi melalui jalan Gua Musang.Sekejab je rasa dah sampai..Dah tak mabuk macam aku mula-mula sampai dulu..Iyerlah dulu kan lalu ikut Simpang Pulai..Kau tunggu la masa aku balik nanti..O..mesti korang hairan kan.Dah kenapa kami guna jalan Gua Musang.Sebenarnya..sehari sebelum pergi honeymoon..kitaorang balik rumah mak suami aku dulu..Saja cuci mata.

Alhamdulillah.Sampai hotel tepat jam 2.30 petang..Kalau ikutkan kena daftar masuk pukul 3petang..tapi bilik dah ada kosong..dapatlah daftar awal..Kami dapat bilik tingkat paling atas..Korang bayangkanlah waktu malam macam mana..Ha sebelum terlupa,hotel ni tak ada kemudahan aircond..yang ada kipas je..tu pun memang tak pasang..sebab malamnya suhu memang sejuk..Aku sampai berselimut bawah cadar lagi.Kononnya nak la hirup udara segar di tepi balkoni pada waktu malam sambil minum nescafe bagai..Jangan mimpilah..Kaki nak jejak lantai pun tak mampu..Memang sejuk yang amat..

Keadaan lobi yang besar

Antara cafe yang ada.

Kaunter penyambut tetamu yang besar

Kemudahan lift untuk ke tingkat penginapan

katil size queen yang tersangat empuk

Kemudahan bilik mandi yang besar

Turut disediakan jug hilter

Kemudahan lain
Bagi aku menginap di hotel ni sangat sesuai untuk semua lapisan umur..Kalau nak mandi kolam renang pun ada..Kolam renang tu terletak di tingkat 5..Aku tak pergi pun.Hari aku banyak dihabiskan dekat luar jer..Dah datang sini tak kan nak terperap dalam hotel je kan..

Kalau korang nak makan.Aku cadangkan korang berjalan kaki sikit jer..Ada kedai mamak..harganya pun berpatutan..Tak cekik darah macam dekat KL ni..Lagipun staff kedai mamak tu peramah sangat..nama kedai mamak tu..Muhammad Nasi Kandar..Ala hotel ni pun dekat dengan pasar Brinchang..Kan senang..tak payah nak cari parking teruk-teruk..jalan kaki dah sampai..

Hotel ni juga dekat dengan Kea Farm dan Rose Garden..memang berbaloi..harga hotel ni tak la mahal sangat..Nak tahu maklumat lanjut mengenai hotel ni..Korang bolehlah pergi ke BOOKING.COM..Memang hotel ni terbaik..Mungkin bagi aku lah..lain orang lain caranya kan..

1 comment:

  1. Nnt honeymoon blh ka lya try search kat cne ni..tringin nak je cameron

    ReplyDelete