22 February 2016

2012

2012 | Aku ada vcd movie ni dekat rumah..Tapi pernah tengok sekali dua je..Dalam kotak tu ada berpuluh VCD..Memang malas dah la nak cari..Macam hari Sabtu lepas ada movie 2012..Sesungguhnya..aku suka tengok movie ni..Korang bayangkanlah..Aku sanggup tunggu lepas berita tengah malam tu..untuk tahun kesudahannya je.Walhal aku ada VCD nya..

Bukan kita nak ikut 100% pasal movie ni pun..tapi dulu masa mula-mula keluar movie ni memang aku terpengaruh jugak sikit..Sampai ja bulan Dec 2012..Kecut perut aku..seperti seakan-akan movie tu realiti pulak.Tapi bila aku dibash oleh hadis-hadis Rasulullah SAW...Baru aku tersedar..Kita semua tidak tahu bilakah Khiamat itu akan terjadi..

Ada la beberapa perkara yang kita boleh ambil kira sikit..contohnya..andai kalau movie pun dah dasyat bayangkan andai Khiamat yang sebenar-benarnya..mana kita nak lari..Bumi telan kita semua..Tak ada pun bahtera-bahtera besar yang kita tengok dalam movie..Takut aku..Nak lari mana kita semua nanti..Memang tak boleh lari mana pun..Masa tu kita tak kenal dah siapa ibu bapa kita..siapa adik-beradik kita malah suami kita pun kita tak peduli dah..yang kita peduli selamatkan diri kita sendiri saja.

Mungkin kita boleh ambil sedikit pendekatan dimana kita melakukan apa yang disuruhNya..Tinggalkan perkara yang dilarangNya..Aku cuba mengubah sedikit demi sedikit cara hidup aku kini..Semalam aku tengok iklan TV 9 "Halaqah" ..Bagus rancangan ni..dapat bagi sedikit impak kepada kita..Aku harap korang pun suka tengok "halaqah"..Aku dah boleh tinggalkan dunia K-Pop pada waktu petang..

Aku hanya berkongsi apa yang aku rasakan saja.Terpulang kepada korang nak terima atau tidak..

1 comment:

  1. Mereka boleh bayangkan dapat lari dari kiamat kan... tapi memang best filem tu selain deep impact yang lebih kurang juga jalan ceritanya

    ReplyDelete