4 January 2016

Warna Warni Sekolah Tahun Baru

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin.
Wah pagi ni riuh rendah bangunan rumah aku.Ada yang terjerit-jerit.Ada yang menangis..Sebabnya kena bangun awal.mandi dan bersiap nak ke sekolah.Happynya aku tengok.Teringat pulak zaman aku sekolah dulu.Make sure baju semua bau kedai..Pastu buku pun nak kena bau kedai..Barulah semangat lain macam.


Agaknya bilalah aku nak hantar p sekolah.Best kan..Rasa wah..Dulu aku p sekolah..La ni aku p hantar anak pulak..Tak pa..take time..Mungkin tahun ni ada rezeki kot..Amin..Pagi ni aku rasa macam nak pening gak sikit..Sebabnya semalam aku tidur pukul 3.30 pagi..Apa yang aku buat?Aku tak buat apa pun..Aku masuk bilik nak tidur dalam pukul 12 tengahmalam..tapi pusing kiri..pusing kanan..Tak boleh lelap gak..Laki aku jangan ditanya la..Berdengkur macam peluru berpandu tau..

Aku yang memang sah-sah tak boleh tidur ni..terus bangun g depan TV..kononnya nak layan la apa yang ada...tapi hampeh..tak ada yang aku berkenan..pastu apa lagi..ambik hanset..layang RM..lagi best..boleh gelak sorang sampai tak sedar dah jam 2.30pagi..Try masuk bilik nak tidur..still tak boleh lagi..Laki aku makin berdengkur dia..Letih sangat kot hari ni kerja..Biarlah..nanti dia letih berdengkur ..diam la dia..macam aku pulak yang gabra nak p sekolah kan..

Jawapannya..Aku p toilet..ambik wudhu..masuk bilik..Alhamdulillah..sampai jugak ke alam mimpi..Bangun-bangun je pagi ni..laki aku tanya..apa yang aku buat siang kelmarin..tidur ke..Aku jawablah tak..Memang aku tak tidur siang pun..Kalau aku tidur siang memang susah gak la nak tidur malam..Aku sure..balik kerja nanti...mesti awal aku tidur..hahaha..

Okeylah..Oppss..sebelum terlupa..nanti aku akan update senarai peserta Pencarian Bloglist Feb-Mac aku selepas aku balik daripada cuti..Thanks korang sebab sudi join..

Sayonara.

5 comments:

  1. kalau tgk RM mmg tak leh tdo la jawabnye...huhu

    ReplyDelete
  2. baca entry fida ni teringat pulk zaman sekolh dulu2 hehe

    ReplyDelete
  3. aida ni jenis susah tido dulu kala.
    bak kata abah, burung antu. org lain tido, aida jaga.
    now da beranak pinak, pantang ada time, mesti tertido :)

    ReplyDelete