19 January 2016

Sadokah Aku

Assalamualaikum dan selamat pagi Selasa korang..
Sejak aku balik daripada bercuti ni.Rasanya berat badan aku makin naik ni..Mana tak nya..dulu ada jugak pinggang sekarang ni..lurus jer..tak ada pinggang dah..Masa balik kenduri kahwin adik mama kata aku nampak kurus sikit..Ni lepas mama aku tengok gambar aku dekat Cameron..Dia kata.."awat nampak gemuk pulak"

Sedih wei..Nak pakai seluar jean pun naik segan..Dulu seluar jean saiz 34 je..sekarang ni 36 pun tak muat dah..Tumbesaran makin menaik ni.Dekat Cameron tu...pukul 4petang dan makan..pastu ikut laki aku pulak..dia kata nak makan lagi..pukul 8malam makan lagi...Sekali makan mau nasik penuh pinggan..Kalau dia tak habis..aku tolong habiskan..Sekarang ni pun..kalau aku tak mau makan..Dia duk ajak aku makan gak..Dia kata nanti lapar..tak boleh tidur jangan nak bunyi kat dia..

Macam semalam..aku masak daging masak kicap..dia tak habiskan pun..aku jugak nak kena ratah..Nak simpan macam tak berbaloi..2 3 ketul je pun.Tapi aku tak la nak tambah nasik dah..just ratah jer..

Hari Pertama Di Cameron Highlands

Hari kedua di Cameron Highlands
Kalau korang perasan..aku tak pakai pun seluar jeans..rasanya dah berbulan-bulan..Aku banyak pakai seluar slack..Kadang-kadang skirt..kalau malas sangat aku hentam baju kurung..Segan pulak rasanya nak pakai seluar jeans.Dah memang sah-sah nampak lemak aku nanti kalau pakai..

Sekarang ni demi nak kembalikan pinggang aku  dan lenggang aku yang sado tu..Aku pakai losen halia..Setiap malam dan pagi..Aku mesti sapu..Nasib la laki aku tak bising..Sebab tidur bau halia..hahaha..Bertahanlah wahai suamiku.Aku kena buat macam ni..Lengan dah sado..pakai baju pun ketat dekat lengan..Perut pun dah ke depan..macam orang preggy 2 bulan dah..


6 comments:

  1. oklah tu sado.. janji bahagia.. kan? huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Harap kekal la bahagia tu..Tapi kadang2 mai gila gak..Maklumlah kedah kelantan kalau gaduh mau macam itik ngan ayam..hahah

      Delete
  2. Kena diet la mcm ni fida...caiyok2.
    Usaha tangga kejayaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diet dah sebelum g Cameron ritu..lepas tu terbabas..ni nak kena mula diet balik..hahaha

      Delete