12 January 2016

Rumah Bapak Mentua Dah Siap Akhirnya!!

Assalamualaikum dan selamat pulang bekerja kepada diri sendiri.Malasnya rasanya rasa hati ni nak kerja..Kalau boleh nak holiday sebulan..tapi mesti nanti bos suruh aku bagi surat resign kan..hahaha..tak sempat nak merasa bonus pulak..Lambat betul rasa nak bonus ni..Dah macam-macam idea yang datang untuk aku habiskan..Ingat nak beli aircond bergerak tu..kesian laki aku panas dia..Maklumlah la ni kan musim el nino dah..Kipas pusing no 5 pun tak jadi apa.


Hari ni aku nak citer apa yer dengan korang.Aku citer yang ringkas-ringkas dulu la yer..Tray aku kat opis ni dah macam gunung api nak meletus dah..Diaorang kat opis ni memang suka sangat buat meja aku semak macam sarang tebuan.Sabar jer la..Kalau korang nak tahu..Sebelum aku p bercuti ,laki aku ajak balik kampung dia sat.Nak tengok rumah baru abah dia kononnya..Sebenarnya aku ni malas sikit kalau nak balik sana..Bukan aku tak suka..tapi bila aku balik ja..ada saja soalan "BODOH" yang ajukan dekat aku..Bukan mak atau bapak mentua aku yang tanya..ni jiran belakang rumah mak mentua aku.

Macam hari tu..Tak sampai 30 minit pun aku letak punggung nak duduk rumah baru bapak mentua aku..Dia mai dah..Dengan senyum nampak kedut-kedut dekat muka..dan gigi mas dia tu..Kot la nak tanya aku sihat ke idak..
"Dah ada isi ke belum?"
Aku dengar ja soalan macam tu..dalam hati rasa macam nak jawap ja..
"Tak ada soalan lain ka?"
Tapi aku diamkan saja dan senyum..sebab mak mentua aku ada depan tu.Pas tu dia bersuara lagi..
"Gemuk sungguh la ni "
Dalam hati aku..isshhh..mak cik ni dah melampau sangat ni..Disuruhnya balik makan gulai anak dia bulan 5 ni..memang tak la..daripada aku balik nak dengar soalan bodoh dia lagi.better aku balik umah mama aku kat Penang tu..

Aku pun orang kampung..Orang dekat kampung aku memang 100% berbeza dengan orang kat kampung laki aku..Suka jaga tepi kain orang sungguh..Selama aku balik kampung aku..Tak ada seorang pun yang tanya aku soalan bodoh tu..

Petang tu apa lagi..mengamuklah aku dekat laki aku..Bencila balik kampung abang..Suka sangat bandingkan aku dengan bakal menantu dia yang akan datang tu..Kebetulan bakal menantu dia tu orang Penang gak..Tapi kalau nak diikutkan saiz badan..Bakal menantu dia lagi besar dari aku.Sabar je la laki aku kata..Memang mulut mak cik tu tak ada insuran.

Kan dah lari tajuk..Aku sebenarnya geram dan rasa nak luahkan perasaan.Harap korang tak marah yer..Rasa lega sikit bila rasa hati diluahkan..Rumah bapak mentua aku dah 100% batu dah..Lega sangat..Tak payah la aku nak naik turun tangga pasni..Lepas tu sejuk je rasa..Yang tinggal sekarang ni nak pasang syiling dan kipas ..

Okeylah..aku nak buat kerja sat..Nanti bila lapang..aku citer pasal percutian aku yer..

Sayonara.

2 comments:

  1. Pedulikn apa yg mcik2 kepoh tu ckp ya fida...
    Kat cne pun da ju spesis manusia mcm gitu...urmmm,
    nnt jgn lupa crita prcutian fida taw

    ReplyDelete