6 January 2016

Nak Jumpa Gary Oppa!!

Assalamualaikum.
Pagi ni entah mimpi apa laki aku..Bangun awal..Aku tengok jam..baru pukul 6 pagi..aku pun apa lagi..terpaksa bangun jugaklah..Adakah azam tahun baru dia..nak bangun awal g kerja.Dapat jugak breakfast bersama-sama hari ni dekat kedai mamak..Nak buat breakfast..adui..malas bebenor ni..Lantaklah..asalkan dapat breakfast sekali gak..

Aku sebenarnya tak pasti apa azam aku untuk tahun ni yang sebenar-benarnya.Aku rasa semua azam aku sejak dari bangku sekolah lagi tak pernah tercapai..Nak jadi jurutera..tak tercapai..Nak beli kereta honda..pun tak tercapai..nak beli rumah..otw lagi..tu pun dengan ekonomi negara sekarang ni..macam takut pulak aku nak beli..


Azam aku kini hanya satu..Nak jadi isteri yang terbaik kepada laki aku.Itu pun dah cukup..Tapi kan..ada lagi satu yang memang aku nak sangat jadi kenyataan..Melancong ke Korea..Yup..Itu memang aku nak sangat..Korang yang dah memang follow aku dari dulu lagi..mesti dah tahu kan..Korea antara negara yang aku nak pergi...Negara lain aku tak kisah..Tapi kalau Korea..Memang aku gila..Sedangkan sekarang ni pun dah gila..kalau dapat jejak sana..mesti sawan terus..

Aku ada cakap dekat laki aku..kalau ada duit lebih nanti..nak sangat p Korea..Laki aku kata himpun la duit duit...mau-mau kena ada 5-6k..kalau nak p mesti nak shopping..nak jalan-jalan..duit kita sekarang ni kan dah jatuh.Bila dengar dia kata gitu..semangat berkobar-kobar tau..La ni pun tengah usya blogger-blogger yang pernah p sana.

Lagi satu kalau boleh nak jumpa my oppa..Kang Gary!!!..teruk sangat kan...Aku bukan jatuh cinta pun..tapi aku suka sifat dia semulajadi ambil berat pasal ehem dia..

So harap Allah permudahkan azam aku ni..

Sayonara

4 comments:

  1. wa amboi. ni mesti kaki tengok drama korea juga ni kan? hehe. PG doakan azam awak akan tercapai tau. PG pun ada azam juga. korea one of. tapi kalau boleh nak ke phuket atau pun bali. hahaha. jom sesama capai azam kita :D tapi. tapi. tak nak la plan. kang takut tak jadi pula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sememangnya korea drama everyday..
      sampai laki Fida pun layan gak korea sekarang..Dah jarang sangat dah tengok drama melayu..Feeling korea dah..

      Delete
  2. sgt suka korea ekk :)
    doa in shaa Allah thn ni fida jejak korea.
    ada pakej ke korea aida tgk sorang rm2000 full pakej.
    ok la tu...

    ReplyDelete
  3. Adalah jugak azam tu, nak ke Korea.....mak jugaklah tak berazam sampai sudah haha.....

    ReplyDelete