26 January 2016

Mastercook Muslim Chinese Cuisine Hong Kong Style Dim Sum

Hai...
Seumur hidup aku tak pernah lagi rasa masakan daripada bangsa lain..Aku angan-angan nak makan korean food..tapi disebakan kemalasan suami..Terpaksa tukar kepada chinese food..Okeylah kan..sekurang-kurangnya..makan luar jugak..Mood malas masak sebenarnya..

Kitaorang decide nak cuba makan dekat satu restoran ni..Mastercook Muslim Chinese Cuisine Hong Kong Style Dim Sum..
Restoran ni dekat je dengan area tempat kerja..Dah payah nak pergi jauh-jauh pun..Kalau korang selalu pergi Bandar Tasek Permaisuri...mesti rambang mata..banyak betul restoran sedap-sedap dekat situ..Kali ni aku nak try chinese food..Kebetulan sangat..Restoran ni sebelah jer dengan Satay Station..Okey..


Masa mula-mula masuk..kitaorang diberikan menu dulu..setengah jam jugaklah nak pilih makanan..Aku tolak dekat suami aku..dia tolak dekat aku..Last-last panggil budak pelayan..Buerkkk..Buat malu jer..
Aku pun cakap terus terang dekat budak tu..Ni kali pertama aku makan sini..So tak tahu apa yang sedap..
So kitaorang order ikut apayang selalu customer order jer..So next time dah tahu nak order apa..Maafkan aku yang baru keluar hutan ni...


Aku order air bandung special..tapi suami order air fresh oren dapat just apple..Tapi okeylah..air jugak..tak payah nak kecoh-kecoh sangat..Salah kau jugak..Tak cakap kuat-kuat..Mana tau pelayan tu ada masalah pendengaran..Kemudian Seafood sharkfin soup | Prawn Dumpling | Mee Wantan Sziling..


Seafood sharkfin soup 
 Seafood Sharkfin Soup ni harganya dalam RM 19.90..Mangkuk kecil je..Dan suami aku sangat suka..Even bukan Sharkfin Soup 100%..but still okey..Ada telur masin sikit..Sedap sangat..Berebut jugak nak rasa .

Prawn Dumpling
Prawn Dumpling ni sesuai dimakan untuk orang yang sedang diet..aku ambik sazi kecik jer..Aku dapat makan satu..Suami aku hentam dua..Tak adil betul!!Yang ni harganya dalam RM 9.90...

Total semua aku makan dalam RM 45.00 jer..Kali ni aku ambik saiz kecik jer..So tak banyak makan sangat..Maklumlah nak rasa je dulu kan..Jika kena dengan selera..next time i will came again..So adakah kena dengan selera aku..Nantikan je lah..jika ada aku review pasal rsetoran ni nanti..makanya..Kenalah dengan selera aku..gitu...

Korang yang nak datang cuba boleh je..

Alamat Mastercook Muslim Chinese Cuisine Hong Kong Style Dim Sum,Bandar Tasek Permaisuri,Cheras..Sebelah dengan Satay Station ..

No comments:

Post a Comment