17 January 2016

Tempat Menarik Di Cameron Highlands-Cameron Valley

Tempat Menarik Di Cameron Highlands-Cameron Valley | Bila dah siap daftar dan letak barang dalam bilik..Kitaorang suami isteri ambil masa gak nak keluar.Rehat dan mandi..Aku pulak siap gosok balik tudung yang aku pakai tadi.Iyerlah...Saja nak guna ion hotel..gitu...hehehe..Suami pulak siap tengok siaran Mega Fox lagi..Maklumlah dekat rumah tak ada siaran Astro..Tak terniat langsung nak beli..Bukan tengok sangat pun..

Dalam pukul 4 lebih..Perut dah berkeroncong tarian zapin..Apalagi..bersiap dan terus pergi cari makan..nak makan dalam hotel..macam mahal je..Mana mampu kan..Kalau hotel bagi percuma..okeylah jugak..So suami kata nak pergi makan dekat Tanah Rata..nama je Tanah Rata...tak rata pun...Berbukit-bukit  gak..Alhamdulillah..sampai jugak Tanah Rata..Kitaorang makan dekat gerai tepi jalan je..Murah dan sedap tau..
Dapat juga aku ambil gambar tepi jalan dan berlatar belakangkan bukit..



 Dah selesai makan...Kitaorang gerak ke Brinchang balik..Mula tu nak singgah Lavender Garden..Tapi..tengok jam dah pukul 6..dah sah-sahlah nak tutup..nanti tak sempat nak nikmati keindahannya..Nak pergi ladang teh pun macam tak sempat..Masa tengah usya-usya line..Ternampak pulak ladang teh yang masih ramai orang..dan tak tutup lagi..kalau pergi Cameron Highland memang wajiblah pergi ladang teh kan..



 Kebetulan ada ladang teh ni yang masih terbuka..iaitu Cameron Valley..Aku apa lagi..singgah jugaklah..
Masa sampai tu..mulalah pakat nak tangkp gambar..Aku tangkap suami..Suami tangkap aku..hahahah..




Korang yang datang Cameron Highlands ni..wajib tau singgah sini..Rasa tenang je jiwa sebab tengok ladang teh yang menghijau..Cuaca pun dingin bak salju gitu..Masuk pun percuma..kalau korang nak lepak minum teh pun boleh.sebab ada cafe yang disediakan...

Bila dah nak masuk maghrib,,Kitaorang pun balik hotel..tapi singgah dulu beli makan dekat kedai mamak berhampiran..Takut malam karang..lapar pulak..


1 comment:

  1. bestnye pi cameron ,lama tak pi rindu nak makan kat strawberry cafe tu..

    ReplyDelete