23 December 2015

Updating For New Year

Assalamualaikum.

Maaf korang..Aku tengah kemas kini blog aku buat sementara ini.Maybe 1 Jan ni baru aku akan siap kemas kini.Lama kan aku kemaskini.Biasalah umur nak menjengah ke 28 ni..Mulalah fikir nak kemas kini blog.Banyak jugak entry lama yang aku dah delete.Expecially,Entry aku masa aku holiday ..Gambar tak sesuai..Insaf sudah..Macam yang blogger Ben Ashaari kata..Dah tua baru nak berubah..hahaha..aku lah tu salah seorangnya..

Sekarang ni..bab makanan suami isteri kena jaga.Laki aku tu suka sangat nak makan benda berminyak.Kalau buat maggie kari..nak jugak tumis bawang bagai..Memang la sedap lagi..tapi sekarang ni..Aku tak bagi dah..Kalau buat sup ayam pun..aku tak pakai minyak..tak tumis ikut citarasa dia.Sup sayur pun sama..Kadang-kadang aku tak bubuh garam pun.Biarlah tawar sikit..yang penting sihat.Air pun aku dah kurang guna gula..satu teko ada la 3 sudu besar ja.

Kalau aku masak ayam goreng..Aku guna minyak tak banyak..Aku prefer guna sikit ja..Pastu aku selalu salut ayam goreng tu dengan lada hitam..Bagus tau kalau guna lada hitam..Dah macam orang dalam pantang kan.
Ayam Masak Lada


Perubahan setakat ni,muka laki aku tak la berminyak macam dulu.Kalau dulu..Berminyak sakan..Lepas tu..jerawat besar pun dah tak ada..Kalau amalkan setahun lagi ni..Insyaallah sihat la kulit muka dia tu..Masalah sekarang ni..Laki aku tak suka makan carrot dan ubi..Macam mana yer aku nak buat..Dah macam -macam style aku masak..still dia tinggal dekat aku..

Semalam aku teringin pulak nak makan ayam masak lada.Resepi yang serba ringkas.Lagipun hari ni dah nak balik kampung.So peti ais dah kosong..Masak apa yang ada saja.Hari ni last nak masak nasik goreng jer.Ayam ada seketul lagi.Potong kecik-kecik..tabur lobak je nanti..Pastu kosong dah peti ais..hahaha..Aku kalau balik kampung memang akan tutup api peti ais..Dah terbiasa dari kecik agaknya.

Kepada korang.Yang balik kampung tu..hati-hati dijalan raya.Yang tak pergi mana-mana tu..berehatlah sepuasnya yer..

Sayonara..
Love you

4 comments: