26 May 2014

Tempat Menarik Di Melaka-Kota Belanda

Tempat Menarik Di Melaka-Kota Belanda | Tahun pertama sebagai sepasang suami isteri yang sah.Alhamdulillah.Diberi peluang untuk sambut ulang tahun pertama sebagai suami isteri di bumi bersejarah iaitu Melaka.Kali ni kita pergi balik hari je..Lagipun dekat je..Lagipun tahun pertama ni nak pakai duit banyak jugak..Ieyrlah nak beli barang rumah bagi penuh kan..Keputusan nak pergi Melaka ni pun daripada suami..Dia yang nak sangat pergi Melaka..Katanya tak pernah pergi lagi...


Simple je kitaorang suami isteri ni..Pakai apa yang ada..aku siap pakai baju percuma lagi..Abaikanlah wajah aku yang agak pucat tu..Baru je lepas pitam masa naik Bukit St Paul..Panas agaknya..aku cepat semput lepas kawin ni..hahaha.Panik suami aku tau..Tak pernah dia tengok aku pitam ..Mujur ada abang jual air kat atas tu..


Ramai juga pelancong asing yang datang Melaka ni..banyak tempat-tempat menarik dia..Antaranya Muzium Samudera | Muzium TLDM | Kincir Angin Gergasi | Tugu A'Famosa | Bukit St Paul dan River Cruise.Kalau korang datang sini kenalah cuba pergi semua tempat yang aku sebut tadi..River Cruise pulak kalau korang nak naik..Aku cadangkan naik malam..Lagi best..sejuk dan dapat lihat cahaya lampu yang pelbagai..Aku tak naik..sebab aku pergi siang..tak larat nak tunggu sampai malam..




Last picture from us husband and wife..
Terima kasih suami ku Mohd Mazlan..Sebab sudi luangkan masa dengan isterimu yang mudah pitam ni..Walaupun honeymoon kita ni hanya satu hari..tapi berbaloi....Love you till Jannah..nak fikir plan ke tempat mana pulak tahun depan..hukhukhuk

1 comment: