5 August 2013

Meet Him

Pada 31 Ogos 2011.Dimana tarikh yang penuh bermakna dalam hidup aku.Suatu perubahan besar akan terjadi.Aku secara rasminya menjadi marka suami aku sekarang.Tak sangka aku berani luahkan perasaan suak dekat dia.Malu aku letak tepi.Hati ni dup dap dup dap ja bila nampak kelibat dia.Sekali aku luahkan..
"He accept me !!" itulah perkataan pertama aku cakapkan dekat roommate aku.

Tak ada istilah perigi cari timba dah.Aku pernah frust menonggek 3 kali..Takkan kali ni.Mula tu seriau jugak aku.Takut dia reject aku mentah-mentah.Tapi tak..Sebenarnya dah lama dia duk usyar aku..Memang kerja setempat..selalu gak duk borak..Tapi tak sangka.Dari mata turun ke hati..Aku tanyalah bila dia start usya aku..Rupanya..masa aku pakai baju kurung p kerja..

Masalah yang aku hadapi..family aku tak suka aku bercinta dengan orang belah pantai timur..aku pun tak suka jugak..masa mula-mula tu aku tak tau pun dia orang pantai timur..Sampai satu detik..kawan dia datang..Kemudian diaorang bercakap bahasa yang aku tak faham..After that,aku tanya dia..dia orang mana.
"Abang orang Kelantan"


Oh My God...Haruskah aku reject dia..Tapi hati dah sayang gile kat dia..Aku ambik peluang balik kampung bawak dia balik..Mula tu family aku macam tak berapa suka..tapi pendamkan saja..Mungkin ingat tak kekal lama..Tak sangka pulak awal tahun 2012..Dia ajak bertunang.."really"..saat tu la aku baru tahu..Dia serius dengan aku..

Dia tak pernah nak ucapakn "I LOVE YOU " dekat aku..Tu yang buat aku confius..benar kata orang cinta dan sayang tak payah nak diucapkan..Hanya perbuatannya saja dah tunjukkan keihlasannya..Masa bercinta pun jarang kitaorang telefon ,Tak ada gayut berjam-jam..katanya buang masa dan buang duit..Kalau nak bercakap..Lagipun kitaorang selalu jumpa dekat tempat kerja..nak gayut apa berjam-jam.Buat gaduh lagi ada lah..

Mujur family aku mula terima dia..Dan Mei 2013...Kitaorang dinikahkan..Perjalanan nak bernikah tu..macam nak g krusus kawin..nak isi borang dekat Kelatan dan Penang..Nak cari date..nak tempah baju..dan macam-macam lagi..dipermudahkanNya..

1 comment: