5 July 2013

Sederhana Tapi Meriah

Sederhana Tapi Meriah | Selesai sudah majlis di kedua-dua belah pihak..Yang Penang sudah yang Kelantan pun sudah.Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis perkahwinan aku dan suami..Tak terbalas penat lelah korang semua..Majlis aku berlansungnya serba sederhana tapi sangat meriah.Aku sendiri pun tak percaya yang aku kini telah menjadi isteri orang.Tapi memang aku target nak kawin umur 25 tahun..dan ianya kenyataan..Sampai umur 25tahun aku telah menjadi isteri Mohd Mazlan.Lelaki yang berjaya membuka pintu hati aku yang tertutup selama 2 tahun.

 Majlis perkahwinan aku berlangsungnya di Kampung Sungai Buaya,Nibong Tebal,Pulau Pinang.Inilah majlis pertama yang diadakan di rumah mama dan abah..Hampir seribu lebih tetamu yang datang..Yang tak datang tapi dah bagi hadiah siap-siap pun ada..Iyerlah tarikh tu ada banyak kenduri kan..25 Mei 2013..Bermula hidup aku sebagai isteri.Hilangnya satu beban untuk abah..Nampak gembiranya abah waktu tu..


Aku cukup suka dengan dekorasi khemah untuk pengantin.Cantik dan sesuai sangat dengan baju aku waktu tu..Makanan pun memang sedap dan pihak sebelah lelaki memang makan kenyangla..Layanan pun dah macam dekat hotel 5 bintang..Ditambah pulak DJ yang mama aku upah..Memang kena citarasa aku.
Rombongan sebelah pihak lelaki bertemakan purple..manakala sebelah aku pulak warna gold..


Keluarga sebelah aku...Separuh sebelah abah dan separuh sebelah mama

Keluarga sebelah suami..Jauh datang.


Aku harap perkahwinan ini akan kekal hingga ke Jan'nah..Terima kasih suamiku Mohd Mazlan sebab terima aku seadanya..yang mana kurang tolong tambahkan..Insyaallah...

2 comments: