22 April 2013

A'Famosa Resort-Company Trip

A'Famosa Resort -Company Trip| Sebulan lagi aku akan jadi wife orang.Sempat juga aku nak habiskan sisa-sisa hidup aku sebagai orang bujang.Lepas ni nak pergi mana kena tanya suami.Dia izinkan baru aku pergi..Kalau tak terpaksa tunggu dia dan pergi sendiri..

Memang berbeza kalau kita pergi bercuti dengan kawan dan pasangan kan..sebelum aku melangkah ke alam seterusnya..iaitu perkahwinan..Lebih baik aku bergembira dulu dengan kawan-kawan.Kebetulan,company aku ada buat trip ke sebuah tempat yang aku rasa best..dan tak pernah lagi aku pergi..Inilah peluangnya.Dengan izin abah dan mama dapatlah aku pergi..Yahuuuu...

Pada 16 April 2013 hingga 17 April 2013...Kitaorang pergi holiday dengan company trip dekat A'Famosa Resort..Eh ni bukan A'Famosa yang tengah-tengah bandar tu yer..Ni dekat Alor Gajah jer...Dari KL ke Sana makan masa dalam 2 jam jer...Jadilah la kan..janji holiday..Kitaorang pergi dengan 2 buah bas..Memang ramai lah..Rasanya satu resort tu orang company ni jer...Meriah kan..


 Sampai ja dekat resort terus diagihkan kumpulan serta bilik..Tak boleh pilih kawan bilik yer..Company dah aturkan siap-siap..nak atau tak..reda je..Mujurlah aku dapat satu bilik dengan promoter yang aku kenal..huhuu..tapi tak sempat nak lepak lama-lama pun..Hantar je beg masuk bilik..mandi dan terus menuju ke destinasi pertama iaitu Safari..



Makan dekat resort ni memang mewah..Kau nak makan apa..Semua ada..Memang boleh jadi gemuk kalau menginap di sini selama seminggu..Mujurlah 2 hari je..




Trip kami ni bukan saja suka-suka tapi ada training jugak..Saja nak rapatkan silaturahim sesama promoter dan staff ofis kan..ada promoter daripada Sabah dan Sarawak jugak tau..Tu yang best...Ada game lagi..




No comments:

Post a Comment