21 July 2018

RESEPI KARI SOTONG TANPA SANTAN

Hai semua.
Ok malam ni aku nak up blog dengan resepi la pulak. Mostly rakyat Malaysia ni suka makan kari kan. Selalu kita makan kari kepala ikan, ayam dan daging kan.. Tapi jarang la nak makan kari sotong ni. Sebab harga kari sotong agak mahal.. Betul tak?

Semalam hari Jumaat. Kampung aku ada pasar malam. So memang jadi habit dah.. Asal pasar malam je.. Borong barang basah banyak-banyak.. Semalam terlebih banyak.. Sebab husband beli durian 6 biji. Huh-uh.. Banyak kan.. Craving durian agaknya laki aku ni. (Mata juling naik atas) 🙄

Benda pertama masa aku pilih lauk tu.. Terus teringat kari sotong shila rusly. Ko hado. Sambil shopping pun boleh fikir kan.. Itulah wanita yang bergelar seorang isteri mithali. 😝

Tanpa buang air liur yang banyak.. Meh aku share dengan korang cara aku masak kari sotong ni tau. Ok firstly aku nak inform awal-awal.. Aku kalau masak kari memang tak pakai santan dan aku tak pakai kacang panjang.Aku kan pernah accident.. So Demi mengelakkan angin kus-kus tu..baik cegah kan.


RESEPI KARI SOTONG

BAHAN-BAHAN
👉Sotong
👉Rempah kari dan Serbuk cili(Babas)
👉Bawang putih,merah dan halia(dikisar)
👉Kulit kayu manis dan halba
👉Asam keeping(mak mentua bagi 1 tupperware)
👉Kacang buncis(kalau nak kacang panjang pun boleh)


CARA-CARA
👉Tumis bahan dikisar dan kulit kayu manis serta halba
👉Biar sampai pecah minyak
👉Masukkan sotong.. Gaul rata
👉Masukkan air, asam keeping, garam, gula, kacang buncis
👉Siap dimasak🤗
Selamat mencuba tau.. Ringkas dan senang jer

19 July 2018

MACAM MANA NAK KEKAL AWET MUDA & SWEET 20 SELALU

Hai korang. Sekarang ni ramai yang mengadu domba kata umur baru 24 tapi dah macam 30.
Lepas tu ada yang  tanya Fida apa Fida makan sebab muka tak nampak macam 30an. Apa yang Fida perasan bila suruh teka umur. Ramai Yang teka 25 la.. 26 la.. Best giler la kalau realitinya gitu la umur Fida.. Tapi salah Fida dah berumur 30 tahun la.. Next year dah 31..

So kali ni Fida nak share dengan korang apa yang Fida ambik untuk awet muda gitu.. Eceh.. Korang pernah dengar tak Shaklee. Ok kalau korang nak tahu.. Fida merupakan pengguna dan agent shaklee tau sejak 2013 lagi. Tapi tahun 2017 baru fida betul-betul fokus dengan pengambilan yang konsisten.

So far setakat ni Fida sedang mengamalkan SET KECANTIKKAN SHAKLEE iaitu terdiri daripada VITAMIN C, ESP dan VITAMIN E.

➡ESP(2-3bulan)
-Mencantikkan kulit secara semulajadi
-Mencantikkan KUKU
-Memudarkan parut jerawat
-Mengawal pertumbuhan jerawat
-Kulit menjadi lebih tegang dan sihat
-Kawal berat badan
.
➡VITAMIN C(6bulan)
-Merangsang pembetukkan kolagen
-Menguatkan antibodi badan
-Membantu mengekalkan awet muda
-Mencerahkan kulit secara semulajadi
-Mengecilkan pori muka
-Merawat kulit burn
-Mengurangkan kerandangan kulit(parut)
.
➡VITAMIN E(4bulan) Mengurangkan parut jerawat
-Mengurangkan kesan jeragat
-Menjadikan kulit lebih lembab secara natural
-Mengawal masalah kulit kering, berminyak dan bersisik
-Awet muda dan bebas cela

Antara testimoni yang menggunakan SET KECANTIKKAN SHAKLEE ni


So jika korang berminat nak dapatkan guide dan something special daripada Fida. Korang boleh wasap ke

📲017-942 2712
📲017-942 2712

4 July 2018

Raya Lagi (2018)

Selamat hari raya hampa. Rasa sat ja kan puasa tahun ni.. Tup-tup dah raya.. Ni baru ada masa nak up cerita raya tahun 2018.Kengkangan masa melampau sangat.. Busy dengan kerja dan bisnes jugak.

Alhamdulillah.Tahun ni masih diberikan kesempatan untuk beraya bersama suami dan keluarga kedua belah pihak. Macam biasa tiap-tiap rasa mesti wajib balik kampung mentua dulu. Maklumlah kampung mentua ni jauh sikit. Kalau nak balik tu kena tunggu perayaan atau emergency. Kos nak balik pun kena ambik kira kan. Macam kampung fida dekat jer. Memang hari-hari balik. Mujur mama dan abah faham.


Tahun ni tema raya lain macam sikit. Mula tu target warna lain.. Tapi TERbeli warna lain. Husband pun first time beli baju melayu yang baru. Kalau tak tiap tahun recycle je baju. Kitaorang beli baju dekat expo raya jer. Dah yang tu Yang mampu pun.. Beli sepasang dapatlah diskaun.. Tak termampu nak beli dekat butik branded ni.. Hahaha

Kalau hampa yang bakal berkahwin dengan orang kelantan ni.. Hampa kena get ready nak tempuh cara makan depa tau.. Macam fida masa mula-mula kawin dulu.. Terkelu lidah.. Sebab masa raya macam fida selalu makan lemang dan ketupat dengan rendang.. Tapi bila balik rumah sebelah husband.. Lain macam rasa sebab kita tak kan jumpa rendang ayam atau daging TAPI akan terjumpa nise(gula melaka Yang dimasak bersama daun pandan)

Seriously, mula tu memang tak masuk selera la.. Tapi lama-lama dah ok.. So hampa kena get ready ya.. Jangan buat jakun pulak nanti.
Hahaha

Ok sekarang masih dibulan Syawal so fida kat sini nak minta ampun dan maaf andai selama fida berblogging ni ada yang terguris hati serta perasaan.. Segala apa yang  fida kongsikan tidak berkaitan dengan orang lain ya..

Akhir sekali "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

salam 0-0

Fida